CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 980|Reply: 0

Bayi tertidur masa menyusu, tak sempat sendawa... Mak ayah perlu kejut atau biar terus lena?

[Copy link]
Post time 19-4-2025 12:26 PM | Show all posts |Read mode


SISTEM pencernaan bayi yang berusia bawah enam bulan kebiasaannya belum matang sepenuhnya.


Keadaan ini menyebabkan masalah pencernaan mungkin berlaku termasuk kembung perut atau kolik, GERD dan Necrotizing Enterocolitis (NEC).


Justeru para ibu dan bapa sering dinasihatkan supaya sentiasa membantu bayi mengeluarkan angin atau sendawa selepas penyusuan berlaku.


Bagaimanapun, kadang kala bayi cenderung untuk tertidur semasa sedang menyusu.


Ia seterusnya menimbulkan konflik sama ada mereka perlu dikejutkan untuk sendawa terlebih dahulu atau sebaliknya.




Menyedari hal ini, konsultan tangisan dan tidur bayi, Uswatun Hasanah Mohd. Habib tampil memberi penjelasan di laman TikTok.


Menurutnya, terlelap adalah bukti dan tanda bahawa bayi 'memaklumkan' bahawa mereka sudah selesa.


"Ini bermaksud tiada gas dalam perut mereka.


"Oleh itu, tidak perlulah mereka dikejutkan untuk membantu proses sendawa sebaliknya biarlah terus tidur," katanya yang menerima pentauliahan berkaitan dari Dunstan Baby Language Institute yang berpusat di Sydney, Australia pada 2010 dan The Happiest Baby Education Association yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat pada 2014.


Malah katanya, jeluak atau muntah kebiasaannya berlaku selama mana bayi masih dalam fasa 'new born'.




"Jeluak boleh berlaku tak kira masa, tempat... sama ada bayi tidur, berjaga atau sedang didukung.


"Ia disebabkan gegelung LES (Lower Esophageal Sphincter) dalam perut bayi masih kecil dan belum matang. Pada masa sama ia selalu terbuka, bermakna, lebihan susu akan sentiasa keluar sebagai jeluak.


"Tindakan untuk menyendawakan hanyalah untuk mengurangkan jeluak dan membantu memberi keselesaan sekiranya terdapat gas di dalam dadanya," jelasnya.


Bukan itu sahaja, menurut konsultan tersebut, seandainya bayi telah disendawakan selepas proses penyusuan, ia bukanlah jaminan bahawa mereka tidak akan jeluak.


Justeru katanya, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya bayi jeluak kerana ia hanyalah lebihan susu. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050811 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list