Tidak dinafikan, ada orang lebih memilih untuk menunaikan solat dalam keadaan gelap dengan alasan dapat lebih khusyuk
Tambahan pula jika perlu menunaikan solat yang lama seperti tarawih memandangkan bilangan rakaatnya yang lebih panjang.
Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat agar tidak solat dalam gelap kerana masjid dan surau tidak berbuat demikian.
Apa pula hukum melakukan solat dalam suasana gelap-gelita?
seismik
Ini Hukum & Penjelasan Jika Solat Dalam Gelap, Betul Ke Boleh Buat Jadi Lebih Khusyuk?
Walau bagaimanapun, sesetengah orang lebih suka solat dalam keadaan terang.
By Dania Hamdan
Cover image via Izdeen
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, ada orang lebih memilih untuk menunaikan solat dalam keadaan gelap dengan alasan dapat lebih khusyuk
Tambahan pula jika perlu menunaikan solat yang lama seperti tarawih memandangkan bilangan rakaatnya yang lebih panjang.
Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat agar tidak solat dalam gelap kerana masjid dan surau tidak berbuat demikian.
Apa pula hukum melakukan solat dalam suasana gelap-gelita?
Solat dalam gelap adalah dibolehkan
Menurut laporan Sinar Harian, pendakwah Ustaz Muhammad Fahmi Rusli berkata, hukum menunaikan solat dalam gelap dengan tujuan untuk menambah khusyuk adalah dibolehkan.
"Jika solat berjemaah di masjid dan surau, tiada keperluan untuk menutup lampu," katanya.
Dari sudut hukum pula, penceramah itu turut menjelaskan perbuatan tersebut diharuskan selagi mana kita tahu arah kiblat dan solat menghadap kiblat.
"Bahkan, andai cara itu dapat mencapai khusyuk dalam solat, maka itu lebih utama. Cuma perlu pastikan solat dapat dilakukan dengan sempurna," katanya lagi.
Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah juga ada menerangkan hukum solat dalam gelap
"Dibolehkan solat dalam keadaan tempat yang gelap jika tidak mengganggu khusyuk, namun begitu perlu dipastikan solat itu didirikan dengan menghadap kiblat yang betul, memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan tempat solat juga dalam keadaan yang bersih daripada najis.
"Dinasihatkan supaya solat di tempat yang ada cahaya sedikit atau malap sekiranya tempat yang gelap mendatangkan ketakutan sehingga mengganggu khusyuk semasa solat," katanya.
|