CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 832|Reply: 4

Cikgu suruh murid bawa lemang dan sate, siap bagi ‘contact’ penjual... Ibu pelik anjur jamuan raya sekolah ikut ‘tekak’ siapa?

[Copy link]
Post time 12-4-2025 02:35 PM | Show all posts |Read mode


SUDAH menjadi kelaziman sambutan perayaan Aidilfitri akan diteruskan sepanjang bulan Syawal dengan aktiviti kunjung mengunjung dan majlis rumah terbuka.


Tidak ketinggalan untuk meraikan Syawal dengan aktiviti jamuan makan ialah di sekolah-sekolah membabitkan guru dan pelajar.


Namun seorang ibu terkejut dengan konsep jamuan raya anjuran sekolah anaknya.


Tanpa mendedahkan lokasi sekolah, wanita itu mendakwa pihak guru seolah-olah menetapkan menu 'wajib' yang perlu dibawa setiap murid.


"Ada jamuan raya di sekolah anak. Tapi yang aku tak boleh 'brain', cikgu suruh anak-anak bawa sate, lemang dan ketupat.


"Siap nak bagi nombor telefon penjual lemang dan sate kat budak-budak," dedahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.




Terkejut dengan perkara itu, dia juga tertanya-tanya sama ada menu tersebut sebenarnya untuk dijamah murid-murid atau sekadar memenuhi selera guru.


Malah katanya, hal ini sedikit-sebanyak mempengaruhi anaknya untuk membeli makanan sebagaimana yang disebutkan gurunya itu.


"Ni budak-budak yang nak makan atau ikut selera tekak cikgu? Rasanya budak-budak tak makan sangat lemang dan ketupat.


"Mulah anak aku tantrum suruh cari lemang. Ada juga bagi batang buluh kosong, suruh cikgu bakar sendiri.


"Nanti yang angkut makanan bawa balik pun cikgu-cikgu sekolah juga. Budak-budak bawa balik jajan (makanan ringan) je banyak," ujarnya.


Di ruangan komen, segelintir netizen turut terkejut dengan tindakan guru itu sebagaimana didakwa, terutamanya memberikan nombor telefon peniaga yang perlu dihubungi untuk membeli juadah raya.


Pada masa sama, ada yang meminta supaya bersangka baik dengan menganggap ia sekadar cadangan untuk mempelbagaikan menu.




"Cikgu tu bagi idea je kot. Nanti semua bawa benda manis je. Lagipun cikgu tak angkut bawa balik makanan. Mereka bagi budak-budak tapau bawa balik.


"Kenapa siap nak bagi nombor telefon penjual lemang dan sate. Nak tahu juga.


"Rare ni.. cikgu siap bagi nombor telefon seller. Selalu potluck suka hati je.


"Ada je budak suka makan lemang. Selalunya cikgu-cikgu cadang je dan dalam grup buat senarai supaya tak sama jenis makanan nanti," demikian antara komen netizen.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2025 02:39 PM | Show all posts
"Ada jamuan raya di sekolah anak. Tapi yang aku tak boleh 'brain', cikgu suruh anak-anak bawa sate, lemang dan ketupat.
"Siap nak bagi nombor telefon penjual lemang dan sate kat budak-budak," dedahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

-Cikgu part time dropship lemang/kutupat/sate set. Nanti dapat komisyen.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah den agak sedey..den kecik2 pemalu orangnya... kehkehkeh

Jd den tgk jer kuih2 yg beraneka..nk mkn..malu..pastu smp sudahla den xdpt mkn kuih raya bila ada jamuan...huhuhu sedey kan cite den...tp skrg???? Kehkehkeh

Bab tapau, den tgk, sama naik je cikgu dgn budak2 tapau..tp keutamaan bg cikgu dulu amik..yg balance baru berebut sapa nak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 05:03 AM | Show all posts
Cikgu buat affiliate ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 08:04 AM | Show all posts
sekolah anak i ols pon sama...anak i ols tahun 1 kena collect duit untuk beli certain lauk...dan lauk tu dr kedai popular jugak...kira mak bapak dah xmcm dulu boleh bawak apa saja..of coz kita paham xnak membazir budak xmakan..tp kadang i ols xsuka gak cara pemilihan lauk ikut kelas ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 07:52 PM GMT+8 , Processed in 2.075772 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list