CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 749|Reply: 1

Bukan main di IG tayang bahagia-3 tahun kahwin dah cerai sebab isteri pemalas, suami nak hidup bujang

[Copy link]
Post time 10-4-2025 05:34 PM | Show all posts |Read mode


"Daripada kahwin tapi rasa macam single (hidup bujang), baik jadi single betul. Sah-sah lagi jimat.”

Demikian kata-kata seorang pemuda yang kini menduda selepas perkahwinannya selama tempoh tiga tahun berakhir dengan penceraian.

Menurut rakan kepada pemuda berkenaan, antara punca perpisahannya adalah kerana sikap si isteri yang terlalu berkira dalam hal rumah tangga meskipun bergelar suri rumah.

"Tengok Instagram, macam bahagia food hunting sana sini. Salah satu puncanya (bercerai), bini berkira nak basuh baju.

"Padahal bini suri rumah sepenuh masa. Masuk baju dalam mesin basuh, masuk sabun dan tekan butang start je pun.

"Bukan suruh basuh baju dekat tepi sungai," ujar lelaki berkenaan, berkongsi mengenai kisah rumah tangga kawannya.

Katanya lagi, bekas isteri rakannya itu juga gemar membuat pesanan makanan menerusi aplikasi penghantaran yang menjadi antara punca perpisahan mereka.

Malah, si suami juga mengakui dirinya berasa sangat terbeban apabila bekas isterinya kerap meminta wang untuk membeli belah.

"Dapat suami kaya dan tak berkira okay la. Yang (kawan) ni, gaji pun cukup-cukup je. Dapat pula bini yang jenis tak membantu.

"Itu membuatkan dia rasa macam hidup bujang. Baik dia membujang betul-betul kawan saya cakap," ceritanya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dalam kalangan warga maya yang turut berkongsi pengalaman serupa.

Ramai yang bersetuju bahawa institusi perkahwinan juga memerlukan persefahaman dan usaha daripada kedua-dua belah pihak.

"Saya kahwin masa umur 29. Lepas kahwin rasa penat. Saya rasa terlalu all out. Bila ada anak lagi teruk rasa. Kadang-kadang terfikir patut ke aku jadi isteri atau mak sesiapa. Mungkin aku patut hidup sendirian je.

"Saya bersyukurnya rasa dapat jadi suri rumah. Maksudnya suami saya jenis yang mampu. Saya memang nak duduk rumah jaga anak. Nama pun kahwin, tu lubuk pahala. Rugi jadi wanita tapi tak buat apa," kata beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga warga maya memberi nasihat agar pasangan suami isteri lebih terbuka dan berbincang dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

“Macam aku, memang tak pandai masak. Tapi suami jenis suka masakkan untuk aku. Jadi sebab dia dah mudahkan aku bab tu, aku buatlah kerja rumah lain.

"Basuh baju dan sebagainya. Kahwin ni kena banyak duduk bincang, tak boleh harapkan wahyu rajin tiba-tiba turun," komen seorang netizen lagi.

Sumber: mStar Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2025 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer gini pun nak kena gosip ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.544403 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list