CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1450|Reply: 1

Ketahui 3 langkah solekan mudah, wajah kekal 'flawless' walau seharian beraya dari rumah ke rumah

[Copy link]
Post time 9-4-2025 09:54 PM | Show all posts |Read mode


HARI Raya Aidilfitri adalah waktu yang penuh dengan kegembiraan, kunjungan sanak-saudara dan pastinya, saat terbaik untuk tampil anggun.


Dalam kesibukan menyambut perayaan, ramai yang ingin memastikan penampilan mereka sentiasa segar dan berseri sepanjang hari.


Produk kosmetik, Bobbi Brown memperkenalkan rutin solekan dengan tiga langkah mudah yang direka khas untuk memberikan kesan segar sepanjang hari terutama ketika menghadiri majlis rumah terbuka Raya.




Langkah 1: Melembap dan menyediakan kulit


Untuk permulaan yang sempurna, pastikan kulit anda sentiasa terhidrat dan siap untuk menerima solekan.


Vitamin Enriched Face Base 100 milimeter (ml) adalah pilihan utama untuk dibeli pada harga RM485.


Produk itu bukan sahaja berfungsi sebagai pelembap tetapi juga sebagai primer yang membantu menyediakan kulit untuk tampilan solekan yang lebih lancar.


Diperkaya dengan She Butter, Asid Hialuronik serta vitamin B, C, dan E, Vitamin Enriched Face Base berfungsi untuk melembapkan, mengisi semula kulit dan memberi lapisan asas yang berseri.


Teksturnya yang ringan dan bau citrus yang menyegarkan menjadikan produk itu pilihan tepat untuk memulakan rutin solekan Raya anda.


Langkah 2: Penyegaran dan perlindungan


Bagi menambah seri dan memanjangkan ketahanan solekan, pilih Intensive Serum Radiance Primer (RM275).


Primer itu menggabungkan kelebihan Cordyceps dan Ginseng untuk merangsang tenaga kulit dan meningkatkan sinar semula jadi.


Ia juga membantu meratakan tona kulit serta memperbaiki tekstur kulit.


Dengan formula seperti serum, primer itu meluncur dengan mudah pada kulit, memberikan kelembapan yang mendalam serta memberi perlindungan pada kulit untuk menjamin solekan tahan lebih lama.



Langkah 3: Menyempurnakan penampilan


Untuk mengekalkan solekan yang ringan dan tidak berat sepanjang hari, pilih Weightless Skin Foundation (RM129).


Foundation itu memberikan liputan sederhana yang boleh dibina, disertakan dengan teknologi pengimbangan minyak dan hidrasi 24 jam.


Formula ringan yang dimiliki tidak hanya menjaga kesegaran kulit tetapi juga memberikan kemasan matte semula jadi tanpa kelihatan tebal atau cakey.


Sama ada anda ingin tampilan glamor yang lebih menonjol atau gaya solekan ringan yang semula jadi untuk majlis rumah terbuka, foundation itu akan memastikan kulit anda tetap sempurna sepanjang hari.


Apa gaya raya anda?


Sama ada Glamour Glow atau Radiant Glow, Bobbi Brown menawarkan rutin solekan yang mudah dan efektif untuk memastikan anda tampil berseri sewaktu hari raya.


Anda boleh menikmati ketahanan solekan yang segar dan tahan lama sepanjang majlis rumah terbuka dan perayaan Aidilfitri dengan menggunakan tiga langkah mudah iaitu melembap, menyediakan kulit dan menyempurnakan solekan.


Solekan yang tahan lama, kulit terhidrat dengan sempurna dan kesan wajah yang berseri adalah kunci untuk penampilan anggun tanpa perlu sentiasa melakukan sentuhan semula.


Dengan Bobbi Brown, pastikan anda #GetRayaReady dengan cara yang mudah, sempurna dan menyeronokkan.  — Majoriti




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 07:23 AM | Show all posts
Bg la acik mekap paling mahal... Acik tetal x reti mekap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042229 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list