|
View: 1286|Reply: 2
|
Ustaz Azhar Idrus Beri Pencerahan, Boleh Atau Tidak Sunting Gambar Manusia Menjadi Kartun
[Copy link]
|
|
|
Edited by tatod at 9-4-2025 04:40 PM
Banyak sekarang kita boleh lihat trend yang menjadi ikutan di media sosial
Trend-trend ini kebiasaannya bukan hanya menjadi ikutan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi bagi anak muda yang mudah terikut tanpa memeriksanya terlebih dahulu.
Terbaharu adalah trend menyunting gambar manusia menjadi kartun yang sedang menjadi ikutan ramai.
Jadi boleh atau tidak? Baru-baru ini, Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga ada berkongsi sama ada boleh atau tidak kita melakukan trend tersebut.
Suntingan bergantung pada niat, tidak boleh jika ia sampai menghina seseorang
Menerusi video perkongsian berkenaan, UAI telah menjawab persoalan daripada seseorang mengenai hukum menyunting gambar tersebut.
Menurutnya, hukum menyunting gambar itu bergantung kepada niat asal individu berkenaan. Jika niatnya bertujuan untuk menghina atau memburukkan seseorang maka ia adalah haram.
Dia juga memberitahu jika suntingan tersebut tidak mengurangkan darjat kebesaran Allah SWT dan tidak menjatuhkan maruah seseorang maka hukumnya adalah harus.
"Tapi kalau sampai jadi menghina orang, sampai menurunkan martabat orang yang patut kita muliakan, hukumnya dilarang syarak.
"Bukan sahaja watak ulama, gambar-gambar anak beranak kita pun, kalau kita buat jdi benda hina hukumnya haram. Kalau kita buat jadi mulia, kita tak berani nak kata haram," katanya.
Bagaimanapun, UAI menambah sekiranya suntingan berbentuk positif dan tidak merosakkan imej individu lain, maka ia dibenarkan. - Seismik
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Comel tau pic raya kartun2 cmni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu kot nk ikut trend sgt |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|