CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 750|Reply: 1

Pujian Baju Anak Cantik Cetus Pergaduhan Suami Isteri Di Rumah Orang

[Copy link]
Post time 6-4-2025 03:56 PM | Show all posts |Read mode

HASRAT untuk beramah mesra dan bertukar cerita dengan menjemput rakan lama datang beraya sempena sambutan Aidilfitri nampaknya gagal mencapai matlamat.

Manakan tidak, tuan rumah terpaksa menyaksikan 'drama' suami isteri bergaduh di hari raya.

Begitulah yang diluahkan seorang pemuda mengenai kejadian yang berlaku pada hari raya kedua, Selasa lalu membabitkan rakan sekolahnya.

"Datang rumah orang lepas tu bergaduh. Tunjuk hangpa punya panas baran dan ego. Tunjuk semua perangai-perangai hangpa kat orang, habis pecah pinggan rumah orang.

"Mula-mula kami bersembanglah. Dia bawa anak seorang. Saya tegurlah anak dia... eh lawanya baju hang, cantik kain.

"Kemudian mak dia iaitu rakan saya tu menyahut... hmm semua baju raya anak-anak aku beli. Ketika itu, suami dia tengah duduk makan," cerita individu yang dikenali sebagai Azzaly menerusi satu video di TikTok.

Bukan sekadar itu, rakan wanitanya kemudian terus mendedahkan satu persatu mengenai perihal suaminya yang ketika itu sedang menjamu juadah raya.

"Lepas tu, dia kata... semua kelengkapan rumah, barang dapur, baju anak pun aku beli.

"Masa tu suami dia dah nampak lain macam. Suami dia yang tengah makan ketupat, hempas pinggan sampai pecah.

"Saya dan mak terkejut. Bini dia (rakan) pula lempar pinggan kat dia," ujarnya mengimbas kembali insiden yang tidak disangka-sangka itu.

Bercerita lanjut, kata Azzaly, suami rakannya itu berang kerana dimalukan isterinya sendiri sebelum bertindak keluar dari rumah.

Tambahnya, rakannya itu kemudian berkali-kali meminta maaf di atas insiden yang berlaku.

"Saya kata... tak apalah hang pergi balik, sampai nak merosakkan pinggan-pinggan kat rumah aku. Hang nak bagi emosi mak aku terganggu? Lebih baik hang balik. Suami dia dah start (enjin) kereta," jelasnya.

Tambah Azzaly dia tidak menyangka pujian tentang baju yang dipakai anak lelaki kepada rakannya itu mengundang masalah.

"Budak tu pakai baju cantik, saya tegur yang itu je. Saya tak tahu dengan teguran tu, bini dia boleh provoke benda yang bukan-bukan," katanya lagi.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 11:15 AM | Show all posts
bini dia pon

ntah.dua-dua salah la senang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 01:03 AM GMT+8 , Processed in 1.057170 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list