|
View: 2064|Reply: 4
|
[Lain-Lain]
PABRIK GULA
[Copy link]
|
|
|
Edited by amandel at 4-4-2025 10:41 PM
Pabrik Gula (Kilang Gula) ialah filem adaptasi daripada thread X viral milik akaun Simpleman... Filem ni mengisahkan sekumpulan pekerja bermusim dari kampung yang berpusu-pusu bekerja di sebuah kilang memproses tebu...
Pada mulanya, apabila tiba di kilang, mereka mencari rezeki dengan lancar dan semuanya berjalan seperti biasa... Namun, tiba-tiba Endah, salah satu watak dekat movie ni, mengalami kejadian aneh pada waktu malam iaitu mendengar bisikan dan melihat sosok misteri... Sejak kejadian itu, pelbagai ketakutan menghantui mereka dan seorang pekerja ditemui mati di dalam perigi belakang kilang... Rahsia itu terbongkar bahawa kira-kira 7 tahun lalu berlaku kebakaran yang memusnahkan semua orang di kilang itu...
Lokasi kilang juga berdekatan dengan kerajaan syaitan dan gudang barat merupakan salah satu bangunan berhantu di kawasan kilang... Ternyata pemilik kilang telah membuat perjanjian dengan syaitan supaya mereka tidak mengganggu antara satu sama lain... Pekerja-pekerja terlalu jauh menyelami misteri seram yang berlaku di kilang itu sehingga menyebabkan syaitan marah dan menuntut nyawa pekerja...
As always, Harap amik moral value yang baik sahaja masa tengok citer ni... Harap weols selalu dalam lindungan Allah, dan dijauhkan dari segala bentuk perbuatan syirik...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dekat Indo film ni Filem ini dikeluarkan dalam dua versi berbeza iaitu versi reguler yang lulus tapisan oleh Institut Penapisan Filem Indo ( LSF/ Lembaga Sensor Film) dengan klasifikasi D17+, dan versi Uncut yang lulus tapisan dengan klasifikasi D21+... Perbezaan durasi antara kedua-dua versi filem adalah hanya 1 minit, durasi filem reguler 132 minit, uncut 133 minit... Dekat Indo filem ini juga boleh ditonton dalam versi IMAX dan 4DX...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by amandel at 4-4-2025 10:46 PM
Filem ni diarahkan oleh Awi Suryadi, Skrip ditulis oleh Lele laila... Keduanye merupakan pengah dan penulis yang sama dari filem KKN di Desa Penari... Sesiape yang minat nak tengok boleh layan review movie ni... Peminat Zhafvlog boleh juga layan review deols dekat chanel Pure Pixel... Sila tengok dekat youtube sebagai bentuk sokongan kepada konten kreator...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dekat indo movie ni tayang mulai hari raya 31 Maret 2025... Movie ni meletop dekat Indo... Dah dapat 1 mio viewers hanya dalam 4 hari tayang... Filem horror Indo memang masih banyak diminati di Indo... Bulan lepas filem horror bertajuk Petaka Gunung Gede meletop juga dengan 3.2 viewers, so tak heran jika masih banyak penerbit buat filem horor tak habis habis...
Filem ni tayang dekat Brunai, Malaysia dan Singapura mulai 3 April 2025... Filem ni juga nak ditayangkan dekat Amerika Utara mulai 18 April 2025 depan...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|