CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 557|Reply: 0

'Sebab tu guard penting', lelaki bertopi samun rantai emas budak di flat gemparkan warga Putrajaya

[Copy link]
Post time 3-4-2025 09:01 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG lelaki dipercayai warga asing bertindak ganas apabila dirakam menyamun rantai emas kanak-kanak di sebuah kediaman flat dekat Presint 11, Putrajaya pada Rabu.

Kejadian tercetus ketika pelaku terlebih dahulu berjalan di kaki lima kawasan tersebut sebelum dilihat menegur seorang budak perempuan yang kebetulan berada di pintu rumahnya.

Melihatkan pintu gril yang tidak berkunci, lelaki bertopi hitam itu kemudiannya terus menyerang mangsa dan merampas seutas rantai emas miliknya ketika kejadian.

Meskipun cuba melawan, pergelutan itu tidak dibantu sesiapa dan pelaku terus melarikan diri bersama barangan kemas tersebut.

Perkongsian video tular itu dibanjiri komen warga maya yang rata-ratanya menggesa agar setiap kediaman flat diwajibkan memliki pengawal keselamatan.

Khuatir dengan nasib penghuni flat, ketiadaan sistem kawalan keluar dan masuk boleh mendedahkan individu kepada risiko kes samun seperti kejadian.



"Sebab tu pengawal sangat penting, ini apabila jumpa pak guard minta IC untuk daftar masuk pun kena tampar, ini la jadinya bila kena samun dengan orang luar," kata Sam Kin Kit.

"Dari dulu sampai sekarang, memang kena hati-hati kawasan rumah bertingkat seperti flat sebab pengawal keselamatan tak ada, jadi penjahat akan naik setiap tingkat kalau pagar tak berkunci habislah," ujar Alias Hadrian.

"Dah diberitahu dari kecil sampai dewasa jangan buka pintu lagi-lagi dengan orang tak dikenali, kita ni duduk flat bahaya sebenarnya," tambah Nadiah.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kes berkenaan setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran membuat laporan. — Majoriti



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042566 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list