CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 594|Reply: 0

'Laju jawab boleh.' Suami jadi 'bidan terjun', sambut anak lahir dalam kereta di tengah lebuh raya

[Copy link]
Post time 1-4-2025 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 1-4-2025 11:55 PM



DIKALA orang ramai beraya sakan kunjung mengunjungi rumah sanak saudara, seorang suami berdepan detik cemas perlu menyambut kelahiran anaknya ketika dalam perjalanan ke klinik pada 1 Syawal.

Namun begitu, pemilik akaun TikTok @ayahali9889 ini kekal tenang dan terpaksa berhentikan kenderaannya di lorong kecemasan, kira-kira di Kilometer (KM) 258.1 berhampiran Tol Menora, Ipoh, Perak arah selatan, selepas isterinya mengerang kesakitan dan sayup-sayup kedengaran suara bayinya itu.

Dalam video perkongsian itu, jelas kedengaran isterinya sempat bertanya sama ada beliau mampu menyambut kelahiran bayi atau tidak.

“Haaa... boleh (dalam nada panik tetapi tenang). Kejap abang cari lorong kecemasan.

“Okay, dah keluar kepala. Allahu Akbar (bayi lahir jam 7.45 pagi). ALLAH SWT beri kekuatan dan semangat. Kami sempat sampai ke klinik jam 8.10 pagi.

“Uri keluar semasa kami tiba di parkir klinik, tali pusat juga dipotong di situ. ALLAH SWT Maha Baik,” katanya menerusi perkongsian di TikTok pada Isnin.

Dalam video itu, bapa berkenaan tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana segala urusan dipermudah meskipun mereka tidak sempat tiba di klinik untuk proses kelahiran.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji si ayah yang dengan tenang menyambut cahaya mata mereka itu. Malah, ada yang bertanyakan apa amalan si isteri mudah untuk bersalin.



"Kami amalkan selawat jibril puan untuk mudah rezeki dari pelbagai sudut termasuk rezeki kemudahan bersalin.. Hari tu saya selawat jibril ngam 1000 kali.. beberapa saat lepas tu wife dh rasa sakit," ujarnya yang membalas komen tersebut.

Difahamkan, lokasi bayi itu dilahirkan juga merupakan kawasan sama, yang mana mereka sekeluarga pernah mengalami kemalangan pada tahun 2022. - Sinar Plus



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.058793 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list