CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1013|Reply: 0

Introvert... Ini tip jadi lebih yakin berdepan orang ramai ketika beraya

[Copy link]
Post time 1-4-2025 12:14 PM | Show all posts |Read mode

BERKUMPULdan beramah mesra sesama ahli keluarga serta saudara-mara pada Hari Raya Aidilfitri sudah tentunya menjadi antara perkara yang paling dinanti-nantikan.


Namun lain pula ceritanya bagi individu introvert, berada dalam kelompok manusia yang ramai dengan suasana riuh rendah pasti meresahkan mereka.


Buat mereka yang tidak tahu, introvert ialah seseorang yang lebih selesa memfokuskan pemikiran dan idea dalaman berbanding persekitaran luar.


Dalam erti kata lain, mereka bukanlah seorang pemalu atau sombong, sebaliknya lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian secara bersendirian.


Berikut antara tip yang boleh dilakukan golongan introvert agar anda berasa lebih yakin dan selesa bercakap dengan ramai orang:


1. Mulakan dengan seorang dahulu


Mulakan dengan berbual dengan seorang individu yang 'sekepala' dan kurang bercakap dahulu sebelum menyertai kumpulan besar.


Perbualan kecil ini membantu anda lebih selesa, dan orang lain mungkin akan turut serta menjadikan suasana lebih nyaman.


2. Fikirkan topik perbualan siap-siap


Untuk lebih bersedia, sediakan topik neutral yang boleh mencetuskan perbualan seperti perjalanan balik kampung, hidangan raya, atau perkara trending.


Soalan ringan seperti "macam mana perjalanan ke sini?" boleh membantu memulakan perbualan dengan lebih mudah.



3. Gunakan makanan sebagai jambatan sosial


Gunakan makanan sebagai topik perbualan dengan memberi pujian, bertanya resipi, atau mencuba hidangan sambil berkongsi komen boleh mencairkan suasana kekok.


Soalan kecil seperti "wah, rendang ini sedap... siapa yang masak?" boleh menarik orang lain untuk berbual lanjut.


4. Jadi pendengar dahulu


Jadilah pendengar aktif dengan memberi respons ringkas seperti ketawa, mengangguk, atau menambah komen pendek.


Ini membuatkan kehadiran anda diterima dalam perbualan tanpa perlu banyak bercakap.


5. Pilih tempat duduk yang sesuai


Pilih tempat duduk yang selesa untuk mengawal interaksi—jangan terlalu menyendiri atau berada di tengah keramaian.


Duduk di meja makan, teras, atau dapur boleh membantu bersosial dengan lebih santai.



6. Bermain dengan kanak-kanak atau membantu orang tua


Luangkan masa dengan anak-anak saudara atau bantu orang tua jika berasa kekok untuk bergaul dengan orang dewasa.


Bermain atau membantu di dapur boleh membuat anda tetap terlibat dalam perbualan tanpa perlu banyak bercakap.


7. Manfaatkan momen bergambar atau swafoto


Sesi foto keluarga adalah peluang baik untuk bergaul misalnya memberi komen lucu atau bergurau senda tentang pose yang dibuat.



Berkongsi gambar dalam kumpulan keluarga atau groupchat juga boleh mencetuskan perbualan ringan. - mStar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.229285 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list