CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 654|Reply: 0

2 Syawal masa afdal mula puasa enam, buru ganjaran pahala puasa setahun

[Copy link]
Post time 31-3-2025 09:52 PM | Show all posts |Read mode



BERAKHIRNYA
Ramadan tidak bermakna bernoktahnya amalan berpuasa. Dalam kemeriahan menghubungkan silaturrahim pada bulan Syawal, satu lagi ibadah yang sangat dituntut adalah puasa enam.


Tiada yang lebih menguntungkan umat Islam, seandainya kita dapat merebut’ tawaran’ ini yang menawarkan ganjaran menyamai puasa sepanjang tahun.


Abu Ayyub al-Ansari RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian dia berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun.”


Bagaimanakah formula ganjaran puasa selama setahun ini terhasil?


Para sarjana hadis menjelaskan, setiap amalan manusia akan digandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebut, “ALLAH menjadikan setiap kebaikan dengan 10 kali ganda ganjaran.” Hadis Riwayat Abu Daud.


Puasa sebulan Ramadan itu sekiranya digandakan 10 bersamaan dengan berpuasa 300 hari. Andai seseorang melengkapkannya dengan puasa enam, lalu menjadikan bilangan puasa tersebut menjadi 360, ia seumpama puasa setahun.


Hikmah disyariatkan puasa enam ini adalah seperti solat sunat rawatib. Ia bertujuan menampung sebarang kelompongan yang ada pada ibadah fardu puasa Ramadan.


Antara kelonggaran yang terdapat pada puasa enam adalah ia boleh dilakukan secara fleksibel sepanjang bulan Syawal.


Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, puasa ini boleh dilakukan sama ada secara berturutan enam hari atau dipisah-pisahkan. Bahkan, ia boleh dilakukan pada awal atau penghujung Syawal mengikut kesesuaian individu.


Saranan berpuasa ini selaras dengan penjelasan al-Imam al-Nawawi Rahimahullah dalam al-Majmu’ yang menyatakan, “…dan disunatkan untuk berpuasa secara berturutan pada awal Syawal. Sekiranya dipisahkan (tidak berpuasa enam hari secara berturutan) ataupun diakhirkan puasa tersebut dalam bulan Syawal, maka ia dibolehkan…”


Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar memberitahu, di sisi Mazhab Syafie, puasa enam ini hukumnya adalah sunat muakkad iaitu puasa yang dituntut.


Menurut beliau, paling afdal jika ia dilakukan secara berturutan.  


“Puasa ini, juga sebaiknya dapat ditunaikan bermula pada 2 Syawal hingga 7 Syawal. Ia sunat dilakukan pada hari kedua kerana pada 1 Syawal umat Islam diharamkan berpuasa,” jelasnya.


Bagaimanapun, antara cabaran puasa enam adalah untuk memulakannya. Apatah lagi, pada bulan Syawal begitu banyak rumah terbuka seolah-olah Syawal meneruskan tradisi ‘pesta makanan’ dengan pelbagai juadah dihidangkan.


Justeru, untuk menyuntik motivasi dan semangat dalam menunaikan puasa enam ini, beberapa tip berikut boleh dijadikan sebagai garis panduan:


Menetapkan jadual puasa


Puasa enam boleh dilakukan pada Isnin, Khamis dan Hari Putih. Hari Putih bermaksud 13, 14 dan 15 Syawal.


- Mengajak ahli keluarga atau sahabat handai berpuasa


- Bersahur dan berbuka serta solat fardu secara berjemaah


- Niat puasa boleh dilanjutkan sebelum Zuhur


Terdapat beberapa jenis puasa yang menjadi amalan para nabi dan umat terdahulu antaranya:


- Puasa putih - Ia adalah amalan berpuasa tiga hari pada pertengahan bulan Islam iaitu 13, 14 dan 15 haribulan. Puasa ini sering menjadi amalan Nabi Adam dan Nabi Ibrahim


- Puasa enam selepas Aidilfitri - amalan Nabi Nuh AS


- Puasa 10 Muharam -amalan Nabi Musa


- Puasa tiga hari berturut-turut pada awal, pertengahan dan akhir bulan - amalan Nabi Sulaiman


- Puasa berselang-seli - amalan Nabi Daud.


Puasa yang menjadi amalan Nabi Daud AS ini adalah puasa yang lebih disukai Allah. Bahkan, ada ulama berpendapat, puasa Nabi Daud adalah lebih baik daripada puasa sepanjang tahun. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.073413 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list