CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 603|Reply: 0

Jaga maruah, elak jadi ‘muka tembok’ di Aidilfitri! Ustaz tegur trend minta duit raya, siap kongsi kod QR

[Copy link]
Post time 31-3-2025 09:39 AM | Show all posts |Read mode



TIBA sahaja lebaran, tradisi pemberian duit raya pasti dinantikan bukan sahaja golongan kanak-kanak, malah orang dewasa.



Lebih mengejutkan, ada segelintir pihak pihak bersikap 'tebal muka' dengan meminta-minta duit raya daripada orang ramai menerusi media sosial.



Tanpa segan silu, mereka sanggup memaparkan nombor akaun bank atau kod QR akaun di platform berkenaan.



Memetik perkongsian pendakwah Ustaz Adnin Roslan di Instagram, meminta duit raya daripada seseorang adalah perbuatan yang berdosa dan dilarang dalam Islam.


Ini kerana, pemberian duit raya bukanlah suatu kewajipan pada pagi raya sebaliknya ia hanyalah ibadah bersedekah.


Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Barangsiapa yang meminta harta kepada manusia untuk memperkayakan dirinya, makan bererti hanya meminta bara api neraka," [Hadis Riwayat Muslim].



Imam al-Nawawi menyatakan bahawa ulama bersepakat hukum meminta-minta jika bukan dalam keadaan darurat adalah haram.


Malah, sekiranya seseorang berdepan situasi darurat tetapi masih mampu berkerja, maka haram baginya untuk meminta-minta.


Bagaimanapun terdapat sebahagian ulama yang berpendapat hukumnya makruh.


Pun begitu, perbuatan tersebut tetap seharusnya dielakkan kerana ia hanya mengundang keburukan dan aib kepada si peminta dan orang yang diminta.


Tambah Adnin lagi, sebaiknya jadilah tangan yang memberi kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran yang jauh lebih besar bagi mereka yang bersedakah.


"Jangan kita jadi manusia yang suka meminta-minta kerana ia tidak akan menjadikan kita kaya pun.


"Tetapi janji Allah dan Rasul, menjadi orang yang suka memberi dan bersedekah sebenarnya yang akan menjadikan kita orang yang kaya serta diberkati," jelasnya. - mStar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.789159 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list