CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 0

5 Amalan utama boleh dilakukan malam Hari Raya Aidilfitri

[Copy link]
Post time 30-3-2025 11:23 PM | Show all posts |Read mode

Walaupun Ramadan berakhir, namun itu bukan bermakna kelebihan beribadah masih tidak boleh diteruskan terutama menjelang malam Hari Raya. Terdapat satu hadis yang memperihalkan tentang galakan melakukan ibadah pada malam Hari Raya.

Dari Abu Umamah al-Bahili, “Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) kerana mengharapkan ganjaran kerana Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati (manusia)” HR Ibnu Majah.

Hadis ini bermaksud matinya hati-hati manusia adalah hari di mana manusia terlalu cintakan dunia sehingga melupakan tugasnya sebagai hamba Allah S.W.T.

Bagaimanapun hadis ini dianggap dhoif (lemah) kerana terdapat perawi dari hadis ini yang dhoif (lemah) iaitu Baqiah bin Walid. Namun begitu hadis ini tidak berkait dengan hukum hakam melainkan berkisar tentang kelebihan-kelebihan beramal.

Oleh itu jumhur ulama membenarkan untuk beramal dengan hadis dhoif ini selagi mana ia berkait dengan fadhail a’mal. Dan inilah pandangan yang dikemukakan oleh Imam Nawawi.

Maka itu ulama mengharuskan untuk menghidupkan malam-malam hari raya dengan amalan-amalan berikut yang memang jelas ada dalil yang sahih antaranya,

Pertama: Bertakbir Hari Raya

Takbir Hari Raya adalah amalan sunat yang disyariatkan apabila terbenamnya matahari pada malam raya, iaitu bermula masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah ke takbiratul ihram bagi solat Aidilfitri. Perbanyakkanlah takbir sepanjang malam itu.

Firman Allah surah al-Baqarah: 185,

“Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah (takbir) kerana mendapat petunjuk Nya dan supaya kamu bersyukur”

Kedua: Berdoa dan beristighfar sebanyak-banyaknya

Menurut Imam Syafie, “Telah sampai kepada kami bahawa doa yang dimakbulkan pada lima malam iaitu, malam Jumaat, malam Aidilfitri, malam Aidiladha, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban”

Ambillah kesempatan pada malam tersebut untuk berdoa kepada Allah sebanyak-banyaknya.

Ketiga: Qiamulail

Inilah ibadah paling disukai Allah. Bangunlah pada 1/3 malam, dan laksanakanlah solat tahajud kerana Allah S.W.T.

Keempat: Solat Isyak berjamaah

Alhamdulillah, mungkin selama sebulan kita telah berjaya melaksanakan solat Isyak dan sunat tarawih secara berjamaah sama ada di masjid atau rumah. Jadi kekalkan momentum tersebut walaupun Ramadan berakhir kerana ganjaran solat berjamaah lebih besar dari sendirian.

Kelima: Membaca al-Quran dan berzikir

Teruskanlah membaca al-Quran dan berzikir walaupun mungkin anda berjaya khatam dalam bulan Ramadan. Ulang kembali bacaan dari awal dan jangan berhenti. Setiap satu huruf yang dibaca tetap mendapat 10 ganjaran pahala.

Syawal kali ini kita hadapi dengan sedikit perbezaan dari tahun-tahun sebelumnya. Tiada aktiviti berhari raya sepertimana lazimnya. Tidak juga dibenarkan untuk saling kunjung mengunjung waima dengan jiran tetangga terdekat sekalipun, apatah lagi sanak saudara. Kemeriahan itu kurang dirasa.

Mungkin inilah hikmahnya yang boleh kita ambil dengan menumpukan kepada amalan ibadah yang disebutkan di atas.

Tidak perlu lagi kita sibukkan diri dengan urusan sambutan Aidilfitri seperti lazimnya tetapi kita sibukkan diri dengan amalan-amalan yang mendekatkan kita dengan Allah S.W.T.

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah hendaknya. Wallahu a’lam


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.538964 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list