CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 579|Reply: 0

Mak ayah senyum tengok anak dapat banyak duit raya... Jangan gelap mata, haram guna sesuka hati

[Copy link]
Post time 30-3-2025 04:17 PM | Show all posts |Read mode


TRADISI yang paling menggembirakan kanak-kanak ketika sambutan Aidilfitri adalah menerima duit raya.

Jumlah yang dikumpul selepas beraya dari rumah ke rumah boleh mencecah ratusan bahkan ribuan ringgit.

Kebiasaannya, anak-anak akan memberikan wang tersebut kepada ibu bapa mereka untuk disimpan memandangkan mereka kurang mahir dalam pengurusan kewangan.

Namun, ada segelintir ibu bapa bertindak menggunakan duit tersebut tanpa keizinan anak mereka dengan alasan untuk membeli keperluan harian.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan ibu bapa menggunakan duit raya anak dengan sewenang-wenangnya adalah haram melainkan dalam keadaan memerlukan.



Malah, ibu bapa juga wajib menggantikan kembali wang tersebut sekiranya ia digunakan untuk perkara yang bukan keperluan.

Pada dasarnya ibu bapa wajib menguruskan harta anak-anak termasuklah dengan menyimpan dan menjaganya dengan baik serta tidak menggunakan harta tersebut untuk tujuan lain.

Ini jelas membuktikan duit raya yang diberikan kepada anak ialah hak dan milik mereka manakala ibu bapa hanya bertindak sebagai pemegang amanah.

Bagaimanapun, Mufti Negeri Selangor ada memperincikan tiga keadaan yang membenarkan ibu bapa menggunakan duit raya anak mereka berdasarkan sebab-sebab tertentu.

Pertama, duit itu harus digunakan untuk keperluan atau maslahat anak dan ia tidak perlu diganti.



Kedua, ia harus digunakan untuk tujuan peribadi ibu bapa walaupun tanpa izin anak, sekiranya bapa dalam keadaan terdesak dan memerlukan, namun ia terhad kepada kadar keperluan sahaja tanpa bermewah-mewah.

Ketiga, duit itu harus digunakan untuk tujuan peribadi walaupun ibu bapa tidak berada dalam keadaan terdesak, namun ia berstatus pinjaman dan perlu digantikan semula.

Kesimpulannya, duit raya yang diberikan kepada anak sebaiknya disimpan dengan baik bagi tujuan masa depan mereka sama ada dalam akaun bank, Tabung Haji, pendidikan dan sebagainya.  - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.104521 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list