CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1741|Reply: 3

Puas fikir kenapa kulit orang Korea ‘flawless’... Rahsianya selalu amalkan makan kimchi

[Copy link]
Post time 29-3-2025 08:29 PM | Show all posts |Read mode

PERNAHKAH anda terfikir mengapa kulit wajah orang Korea Selatan kelihatan lebih sihat, mulus dan berseri?

Perkara ini sebenarnya dipengaruhi oleh pola pemakanan mereka yang sihat serta pengambilan pelbagai sayur sayuran segar dalam diet harian.

Salah satu makanan tradisional Korea Selatan yang terbukti memberi manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit ialah kimchi.

Bagi yang tidak tahu, kimchi dihasilkan melalui proses penapaian sayur sayuran segar seperti sawi, lobak putih dan timun, yang dicampur dengan bawang, garam, cili, cuka, minyak jagung serta halia sekali gus memberikan rasa masin dan pedas.

Seperti sambal belacan, hidangan ini merupakan menu pelengkap yang wajib ada dalam setiap sajian, termasuk nasi goreng, sup kimchi dan ladu.


Menurut pakar dermatologi Dr Ruri Diah Pamela, kimchi kaya dengan nutrisi seperti probiotik, antioksidan dan vitamin C, yang bukan sahaja baik untuk sistem pencernaan tetapi juga membantu kesihatan kulit.

Jelasnya, kimchi mengandungi bakteria baik seperti Lactobacillus yang membantu meningkatkan keseimbangan mikrobiom usus, sekali gus mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat dan kemerahan pada kulit.

"Kimchi kaya dengan vitamin C dan beta-karotena, yang bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan ini membantu melawan radikal bebas yang boleh mempercepatkan penuaan kulit dan menyebabkan kulit kusam," jelasnya.

Bagaimanapun, Dr Ruri menegaskan bahawa pengambilan kimchi sahaja tidak mencukupi.


Penjagaan kulit yang rapi serta gaya hidup sihat turut memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit.

Tambahnya, petua makan kimchi mungkin tidak sesuai untuk individu dengan kulit sensitif, gangguan pencernaan atau alahan tertentu.

"Untuk mendapatkan manfaat terbaik, pengambilan kimchi perlu dilakukan secara sederhana dan digabungkan dengan pemakanan sihat serta penjagaan kulit yang sesuai dengan setiap jenis kulit," jelasnya. -AGENSI


Sumber: mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2025 03:11 PM | Show all posts
probiotik dan prebiotik
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 04:32 PM | Show all posts
yup, prebiotik yang baik.bagus untuk usus
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 01:57 AM | Show all posts
It's not kimchi but the Koreans eat healthier. They eat loads of vegetables, fruits & less of sugary foods.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.117284 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list