CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 633|Reply: 1

Pelik teman wanita adik datang rumah untuk beraya namun enggan tanggal purdah, kantoi rupanya lelaki!

[Copy link]
Post time 29-3-2025 04:43 PM | Show all posts |Read mode

BAGAIKAN mimpi ngeri apabila orang yang dikenali sebagai wanita ternyata lelaki!

Ini kisah benar yang terjadi di negara kita baru-baru ini, apabila ‘teman wanita’ yang sudah dikenali oleh seorang pemuda selama tiga minggu itu rupa-rupanya berstatus ‘lelaki berloceng’.

Kejadian mengejutkan itu telah didedahkan oleh Maya Syuhada Rosley di Facebooknya, yang merupakan kakak kepada pemuda tersebut.

Pada awal perkenalan, gadis berpurdah itu memperkenalkan dirinya sebagai Hidayah yang berasal dari Sabah (namun tinggal di Kuala Lumpur), anak yatim piatu, tiada adik-beradik lain serta berstatus mualaf.

Kisah bermula apabila Hidayah mula menyatakan hasrat mahu meraikan Aidilfitri dengan keluarga Maya di Pontian, Johor, dengan alasan dia tiada sesiapa di Kuala Lumpur.

Dengan hati yang cukup teruja, keluarga Maya membuka tangan seluas-luasnya untuk menyambut kedatangan tetamu istimewa ini.

Sehari sebelum tiba di sana, Hidayah sempat memberitahu Maya bahawa saiz badannya sedikit besar selain mengakui personalitinya yang seperti tomboi.


Akhirnya, pada 26 Mac lalu, Hidayah selamat tiba di bandar Pontian dengan menaiki bas ekspres. Akan tetapi, setelah adiknya menghantar gambar sebenar Hidayah, Maya berasa amat pelik. Adakah dia isteri kepada lelaki lain? Atau mungkin dia lari dari rumah? Adakah Hidayah seorang penjahat?

Dengan fizikal Hidayah yang terlihat seperti ‘mak orang’, fikiran Maya mula dipenuhi dengan 1001 sangkaan kurang baik.

Pada malam itu, Hidayah masuk tidur lambat kerana lebih banyak menghabiskan masa di hadapan televisyen selain pergi ke dapur. Dia sempat melucutkan purdah, namun saat adik Maya mahu melihat wajahnya, gadis itu terus berlari ke bilik air.

Sewaktu berada di atas katil untuk tidur, ibu Maya sempat meminta Hidayah membuka purdah. Namun, gadis itu berkata dirinya sudah terbiasa tidur dengan penutup muka itu.

Walau bagaimanapun, penipuan wanita itu akhirnya terbongkar jua. Hidayah yang sedang lena tidur tidak menyedari kain purdahnya sudah terlucut. Bakal menantu yang disangka sebagai wanita cantik rupa-rupanya seorang lelaki tulen.


Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya mendapatkan kad pengenalan dirinya. Kes tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Polis desak tanya kenapa pakai macam ini, baru dia jawab 'Saya khunsa', dengan suara garau.

"Sebelum ini memang tak ada keluar suara jantan. Elok suara kepit perempuan. Polis cakap mungkin semua ini dah kena pukau sebab tiba-tiba semudah itu bawa dia balik.

"Tapi pukau dia mungkin tak menjadi. Kami cakap macam ya kena pukau sebab boleh izinkan adik bawa dia balik kampung, duduk rumah ibu tanpa bantah atau soalan apa-apa.

"Ibu dan adik lelaki mengantuk sangat malam itu, malah ikan puyu dekat luar rumah bertukar warna jadi hitam legam. Orang cakap elok bela ikan puyu, sebab dia boleh kurangkan sihir, wallahualam," tulisnya lagi.- Sinar Plus


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2025 11:19 PM | Show all posts
Apa tujuan dia sebenar dia? Nk merompak ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.043094 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list