CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 0

'Cadangan turunkan OPR mungkin terlalu awal'

[Copy link]
Post time 22-3-2025 05:42 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Cadangan untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ketika ini terlalu awal dan berisiko memberi impak negatif kepada ekonomi negara, menurut Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.

Menurutnya, perbezaan ketara antara OPR Malaysia yang berada pada paras 3.0 peratus dan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada 4.25 hingga 4.5 peratus perlu diambil kira sebelum sebarang tindakan dibuat.

"Walaupun terdapat spekulasi bahawa AS akan menurunkan kadar faedahnya tahun ini, ia masih belum berlaku.

"Malaysia seharusnya menunggu keputusan mesyuarat Fed pada 19 Mac ini bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai hala tuju dasar monetari global," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, jangkaan kemelesetan ekonomi AS masih belum menjadi realiti berikutan tindakan Trump mengumumkan tarif terhadap pelbagai negara baru sahaja bermula, mencetuskan perang dagang antara AS dengan China, Mexico, Kanada dan Kesatuan Eropah.

"Kadar inflasi AS dijangka meningkat, namun data yang ada masih terlalu awal untuk menentukan arah tuju polisi monetari AS.

"Jika Malaysia bertindak menurunkan OPR terlalu awal, ia boleh memberi kesan kepada nilai ringgit akibat aliran keluar modal asing," katanya.

Selain itu, beliau turut memberi amaran bahawa tindakan terburu-buru menurunkan OPR boleh menyebabkan ringgit terus menyusut, berkemungkinan mencecah paras RM4.60 berbanding dolar AS.

"Aliran keluar modal asing daripada pasaran kewangan, termasuk ekuiti dan bon, akan memberi tekanan kepada ringgit serta menjejaskan prestasi Bursa Malaysia. Ketika ini, dana asing sudah pun berkurangan dan jika langkah yang kurang tepat diambil, ia boleh mempercepatkan kejatuhan pasaran," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kadar OPR semasa masih sesuai dengan keadaan ekonomi negara.

"Kecairan tunai dalam sistem kewangan mencukupi untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Kadar inflasi negara juga stabil pada purata 1.8 peratus, manakala kadar pengangguran bertambah baik kepada 3.1 peratus, menunjukkan ekonomi dan pasaran kewangan berada dalam keadaan stabil pada waktu ini," katanya.

Menurutnya, kestabilan ini penting dalam melindungi ekonomi domestik daripada ketidaktentuan global yang belum jelas hala tujunya.

"Tidak semua perubahan membawa kebaikan. Kebijaksanaan dalam menentukan dasar monetari negara haruslah tepat mengikut situasi semasa supaya tidak mengundang ketidaktentuan yang boleh merugikan ekonomi negara," katanya.


Sumber:Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 09:27 AM GMT+8 , Processed in 2.705628 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list