CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16773|Reply: 141

Keputusan Dangau Contest

 Close [Copy link]
Post time 5-5-2011 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by naen at 14-6-2011 21:42

DANGAU CONTEST 2011




Salam....

Terlebih dahulu Pihak Moderator ingin merakamkan rasa terimakasih kpd semua Warga BORAK krn telah memberi kerjasama & sokongan sehingga Dangau Contest 2011 berjaya dianjurkan dgn sempurna di board ini.  

Tahniah & terimakasih juga kpd PurpleAxe yg membawakan idea Dangau Contest utk direalisasikan di BORAK & atas usaha/kerjasama beliau membantu Moderator menguruskan penganjurannya sehingga selesai.  Terimakasih juga kpd semua 12 org Juri Khas yg telah sudi meluangkan masa membaca & menilai dangau2 yg bertanding.  Juga rakaman terimakasih utk kesemua 23 org Juri awam yg juga telah membantu memberi markah masing2 yg menjadi penentu 40% kpd markah keseluruhan.  

Pihak Moderator secara umumnya berpuas hati krn kesemua thread dangau yg dipertandingkan tahun ini telah berjaya berada pada satu tahap tersendiri  berbanding dangau2 sebelum ini.  Kesemua 7 thread menunjukkan peningkatan bukan saja di segi idea, kreativiti & persembahan thread malah di segi usaha & komitmen setiap pesertanya.  Kesemua thread mempunyai peluang sama banyak utk menang krn mempunyai keistimewaan & kelebihan masing-masing sehingga pilihan juri2 juga menjadi berbeza2 antara satu sama lain.  Boleh dikatakan semua thread mempunyai penggemar & peminat masing2 malah 3 thread yg berada di kedudukan teratas hanya mempunyai perbezaan mata yg sgt sedikit antara satu sama lain.  

Atas dasar ini pihak Moderator memutuskan utk menaikkan ganjaran kredit yg ditawarkan sebelum ini menjadi seperti di bawah:  

Tahniah kpd semua 34 forumer yg terlibat dlm Cabaran Dangau 2011.  Anda semua adalah pemenang!

Tempat Pertama = 300 kredit setiap peserta
Tempat Kedua = 250 kredit setiap peserta
Tempat Ketiga = 200 kredit setiap peserta
4 Hadiah Saguhati = 150 kredit setiap peserta


TQ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2011 02:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by sourplum at 23-5-2011 11:21

KEPUTUSAN


TEMPAT PERTAMA



(Ayushuhada04, dekesugi, kupu2siang, miss_gegirl, pinklollipop)




TEMPAT KEDUA



(Adalia, cmf_aniss84, hart_attack, tudung_bawal, wwannurr)



TEMPAT KETIGA



(AceHand, Fiqrah, genchi, ketotmerah, yeepi_33)



HADIAH SAGUHATI


      

(A44A, cikanggun, ctsueraya, pr3ttytw33ty, siputsedut)      (airolnizam, bangcak, hyun, kuntilanak, xstudentgurl)            

      .

            (dee_dee, hijau_serindit, moyas, oceanflavour)       (Ocean-gurl, kmkd, Mizsela, Sh@rK_iR, skymania)     

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 02:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by sourplum at 2-6-2011 21:43



JADUAL PEMBERIAN KREDIT

  

NAMA
KREDIT PENALTI TOTAL STATUS
A44APenghargaan
150
-
150
RATED
AceHand Tempat ketiga
200
-
200
RATED
adabintang Juri khas
100 - 100 RATED
adaliaTempat Kedua
250
-30
220
RATED
airolnizamPenghargaan
150
-
150

ayushuhada04Tempat Pertama
300
-30
270
RATED
bangcakPenghargaan
150
-
150
RATED
cikanggunPenghargaan
150
-
150
RATED
cmf_anisss84Tempat Kedua
250
-30
220
RATED
ctsuerayaPenghargaan
150
-
150
RATED
dee_deePenghargaan
150
-
150

dekesugiTempat Pertama
300
-30
270
RATED
FiqrahTempat Ketiga
200
-
200
RATED
genchiTempat Ketiga
200
-
200
RATED
hart_attackTempat Kedua
250
-30
220
RATED
hijau_serinditPenghargaan
150
-
150
RATED
hunt_fearJuri khas
100
- 100
RATED
hyunPenghargaan
150
-
150
RATED
Jaza2008 Juri khas
100 - 100 RATED
ketotmerahTempat Ketiga
200
-
200
RATED
kmkdPenghargaan
150
-
150

kupu2siangTempat Pertama
300
-30
270
RATED
kuntilanakPenghargaan
150
-
150

mamahusna Juri khas
100
- 100
RATED
masarju
Juri Khas
100
-
100
RATED
miss_gegirlTempat Pertama
300
-30
270
RATED
MizselaPenghargaan
150
-
150
RATED
moyasPenghargaan
150
-
150
RATED
naen
Juri khas
100
-
100
RATED
Ocean-gurl Penghargaan
150
-
150
RATED
oceanflavourPenghargaan
150
-
150
RATED
pinklollipopTempat Pertama
300
-30
270
RATED
pr3ttytw33tyPenghargaan
150
-
150
RATED
put3reen Juri khas
100 - 100 RATED
PurpleAxe Juri khas
100 - 100 RATED
siputsedutPenghargaan
150
-
150
RATED
sfhzuraz Juri Khas
100 - 100 RATED
Sh@rK_iRPenghargaan
150
-
150
RATED
SkymaniaPenghargaan
150

150
RATED
sosimple Juri khas
100 - 100 RATED
sourplum Juri khas
100 - 100 RATED
Syd Juri khas
100 - 100 RATED
tudung_bawalTempat Kedua
250
-30
220
RATED
wwannurrTempat Kedua
250
-30
220
RATED
xstudentgurlPenghargaan
150
-
150
RATED
yeepi_33Tempat Ketiga
200
-
200
RATED

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 02:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by sourplum at 23-5-2011 11:16

PANEL JURI









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 04:09 PM | Show all posts
Apa kata Juri Khas.......



JURI 1
Penerangan yang jelas mengenai keluarga Dangau. Kerjasama yang baik kerana terdapat kesinambungan dalam setiap watak. Gambar-gambar yang dipilih menarik. Cuma agak stereotype…terlalu terikut dengan dangau2 yang pernah bertanding dulu..kurang kreatif. Biasa-biasa sahaja.

JURI 2
watak keluarga yg disenaraikan agak xmenepati citarasa sebagai satu famly ye best tapi ok lah sebab nak tunjukan sikap 'no body perfect kan' cuma sikap anak2 dia kalau luaran agak xsesuai jadikan bini... Watak ayah menarik... tak membosankan.. kelakar n menunjukan seorg yang kuat semangat dalam hidup.. watak ummi jalan cerita yang padat.. tapi makan masa untuk membaca [it's mean xberapa menarik]..  Watak kupurina jalan cerita yang biasa..bahasa yang kurang menarik.. watak Lolli kreatif dengan meletakan lagu untuk perceritaan.. watak miss jalan cerita yg ok tapi pnjang sgt.. keseluruhannya menarik sebab ikatan kekeluargaan nya yg erat,menunjukan walid n wife dia pandai didik anak walaupun anak2 dia ada yg perangai ala2 xmenepati ciri2 perempuan melayu terakhir.... di segi kreativiti, menarik..jalan cerita yg bersusuli gambar..terhibur dan xmudah bosan membaca walaupun cerita panjang.. kekurangan dan kelebihan : kekurangan kalau diberi dlm % = 10% sebab panjang yg lain2 semua ok n kretif dalam mencampur adukan cerita mereka,kaitan family mereka dengan yg lain.

JURI 3
Font ok tp pemilihan gamba baik n teliti serasi ngan jln cerita..cerita pun kemas n menarik

JURI 4
Jalan crita menarik tapi agak meleret. .Agak cliche tapi pandai buat olahan.  Ada stgh watak lucu sgt,suka baca.  Keseluruhannya cantik.

JURI 5
Jalan cerita yg biasa kita tonton di kaca tv. Bak kata seorang poremer - drama petang2 cuma ditambah dengan sense of humour. Ada kisah cinta dengan dangau bersebelahan. Kalau kisah orang kaya je mesti sume anak pandai2. Font utk posting 2# agak menarik tapi posting 3# dan seterusnya nampak biasa2 saja dan banyak menggunakan emot kuning..ini nampak mengganggu.

JURI 6
Saya suka membaca Dangau Semarak Nur Kasih ini. Seolah-olah saya berada dalam dunianya sekali. Setiap olahan tentang pengenalan dari tempat tinggal (Kg.) penghuni, aktiviti (pekerjaan), suasana rumah, persekitaran yang berlaku disekeliling mereka amatlah berkesan dihati.  Garapan penceritaan dari setiap ahli keluarga juga amat tersusun bermulanya ketua keluarga (Ayah) sehinggalah anak yg bongsu, seolah-olah kehidupan ini begitu nyata di alam realiti.  Membaca kisah Dangau Semarak Nur Kasih ini membuatkan saya tenggelam dalam fantasi yang amat indah dan bahagia disamping keluarga tersayang. Pengenalan setiap watak sangat terperinci dan membuatkan kita cepat memahami jalan ceritanya.  Pengenalan watak amat tersusun dan teratur.  Setiap watak memainkan peranan dalam penceritaan yang jelas dan terang. Kekemasan dalam menyusun setiap gambar dan jalan cerita amat bersesuaian sekali disamping setiap ahli ada cerita tersendirinya. Saya suka... Sesekali terselit kisah lucu dan kenangan silam yang terlalu dekat dan mesra diantara mereka. Kisah ini mengambarkan sebuah keluarga bahagia yang amat mementingkan hubungan kekeluargaan yang harmoni lagi mesra alam.  Tiada persengketaan dan kekacauan perasaan yang ditimbulkan menandakan mereka adalah sebuah keluarga yang ‘sporting’.  Pemilihan watak, gambar dan suasana persekitaran (rumah, bilik, ofis, serta aktiviti mereka)  memang kena dengan setiap karekter yang ditampilkan.. Apa yang saya suka adalah pemilihan avvy dan nama setiap ahli bertepatan dengan watak dan karektor yang dipilih. Tahniah saya ucapkan kepada warga Dangau Semarak Nur Kasih.

JURI 7

Dangau menepati konsep peraduan - Rumah Ku Syurga Ku.  Susunatur penceritaan mengikut syarat peraduan.  Kreatif! Jalan cerita dan gambar-gambar kena dengan penceritaan.  Hiasan yang menarik.  Cerita yang punya logik dan menarik untuk dibaca.  Font yang digunakan kurang menarik.  Kredit tambahan - pemegang watak bersesuaian dengan watak.

JURI 8
Gambar & hiasan thread diedit & diatur dengan baik, kemas & tersusun.  font yang agak kecil, agak sukar untuk dibaca.  terlalu banyak kesalahan dalam ejaan & penggunaan shortform yang agak mengganggu.   penggunaan strikethrough yang terlalu kerap. di awal thread mungkin la 'kelakar', tapi bila banyak kali diulang, jadi tak kelakar lagi.  terlalu mencuba untuk 'buat lawak', tapi kurang menjadi. rasa terganggu dengan sifat 'angkat bakul', dan juga sikap anak2 yg agak 'celupar' bila 'buat lawak' tentang ummi/walid mereka. to me ianya agak kurang ajar.  - penggunaan gambar yang berulang2 bila masuk cerita tentang kedai kek watak adik.  asyik mengaitkan watak2 dengan kumpulan Haryan. seakan2 'menumpang'. tapi dalam masa yg sama, asyik 'mendowngradekan' watak2 dari kumpulan lain. agak kurang sopan la.  markah lebih untuk youtube dalam post penutup. usaha yang baik.  markah untuk ikatan kekeluargaan. nampak gembira & bahagia.

JURI 9
kelebihan - susunan cerita yg teratur.. setiap watak berkembang dengan baik.. penggunaan bahasa yg mudah difahami dah terasa bagaikan kuarga ni dekat di hati.. penggunaan gmbr yg menarik dan menceriakan.  kekurangan - terlalu banyak yg baik2 dan hampir sempurna n wajah ibu yg terlalu muda hampir lebih muda dari anak sulung.. sesetengah font sedikit sukar utk di fahami.

JURI 10
Penerangan watak, jelas.  Penerangan sikap setiap watak juga jelas.  Penggunaan bahasa yang dekat dgn pembaca..mesra pembaca
susunan cerita begitu menarik.  kreativiti-sangat menarik, kelihatan cantik dengan hiasan , grafik yg bagus.  kerjasama: ade sedikit miskomunikasi antara ahli, walaupun ia satu perkara kecil tapi menjadi besar.  kesimpulannya: kemas, menarik, teratur, bagus.

JURI 11
Idea yg menarik. Sgt kreatif.  Intro yg baik. Penutup cerita yg baik.  Ada unsur2 humor diselitkan menjadikan jalan ceritanya segar & tidak membosankan terutama post2 Dekesugi yg disampaikan dgn cara sederhana tapi lucu & menghiburkan.  Dangau ini menepati kehendak contest krn berjaya menampilkan sebuah keluarga impian yg harmoni & bahagia.  Keseluruhan cerita masih berpijak dibumi nyata kecuali ttg kehidupan mrk yg bertukar menjadi kayaraya selepas Walid diberi resort tempatnya bekerja dgn segala keuntungan hanya krn telah menunjukkan prestasi kerja yg cemerlang. Ia sesuatu yg tidak logik kecuali pemilik sebenar resort mempunyai sbb2 lain utk menghadiahkan resortnya spt terhutang budi dsb.  Penceritaan yg tepat & tidak mengelirukan selari dgn konsep permainan pondok2 krn semua peserta betul2 melakonkan watak yg mrk pegang menjadikan pembaca tau dgn jelas siapa yg memegang watak apa krn posting dibuat oleh watak itu sendiri dgn penggunaan kata ganti nama diri yg betul.  Watak perwatakan juga cukup berkesan seolah2 mrk melupakan sejenak identiti forum mrk dengan membuat posting mengikut watak di dalam dangau.  Gambar2 jugak menarik & disusun dgn kemas & selari dgn cerita yg disampaikan. Hiasan thread sederhana tapi cantik.  Pemilihan font juga tidak keterlaluan & font berwarna hanya digunakan ditempat2 tertentu saja menjadikan ia thread yg kelihatan bersih & tidak menyerabutkan pandangan mata.  Pujian patut diberi utk gambar2 yg diframekan dgn baik seolah2 ia adalah koleksi peribadi keluarga ni, bahan2 bantu spt lagu2 yg sesuai & youtube yg dibuat khas menunjukkan ada usaha utk membuat yg terbaik.  Kelemahan mungkin pada subplot yg seolah2 sengaja diadakan utk mengaitkan dgn Dangau Haryan.  

JURI 12
Menghiburkan, plot teratur bersambung-sambung, kreatif, gambar yang kena pada situasi, real!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 01:23 PM | Show all posts
Apa kata Juri Khas.......





JURI 1
Bahasa pada post permulaan yang menarik dan gramatis. Cetusan idea yang kreatif dan original. Terdapat usaha membuat gambar, banner dan wording untuk dangau sendiri.  Memperkenalkan diri masing-masing dari sudut pandangan orang lain. Kerjasama yang baik kerana masing-masing tidak hanya mementingkan untuk memperkenalkan diri sendiri sahaja tapi juga geng2 dangau yang lain.

JURI 2

Jalan cerita macam drama melayu..ok la sebab dh biasa tgk..haha, ada idea n pandai olah cerita, cerita yang menginsafkan n jalan cerita detail jugak.  kritiviti ok lah..a lots pic [expcly katy perry :p ] ada fire work,ada jugak gmbr yg ditambah xkena dengan watak.  Kelebihan : jalan cerita yang boleh dijadikan pengajaran [ berbeza dengan yg lain]..kekurangan : mungkin banyak gambar kot.

JURI 3
Font cantik tp pening mata nk baca..ehhehe jln cerita ok tp ada sesetgh gamba yg memaparkan wajah org len bkn wajah ahli keluarga apapun byk gamba2 yg menarik..cerita pasal umah pun xbrapa details.

JURI 4
Terlampau berimaginasi sampai 'semak' bijik mata bila membaca.  Pic cantik tp ada stgh tu mcm terover pulak.  Ada stgh bhgian yg panjang berjela sgt, sampai nk tertido pun ada [masa tgh membaca tu]. A bit dragging.

JURI 5
Luar biasa cara mereka berimaginasi. Nampak lain sikit dan kreatif. Pengenalan yang menarik dan ada juga unsur2 kelakar. Tp mcm mana mereka kira umur anak...yg tengah berumur 25 thn yg bongsu 24 thn 5 bln 4 hari...? Gambar2 nampak cantik dan sesuai dgn kekayaan dan situasi mereka cuma ada beberapa gambar agak seksi dan tak sesuai utk tatapan umum. Banner juga cantik. Font cantik. Di pengakhiran cerita ada tauladan utk kita renungi. Hidup ini tidak selamanya di atas.

JURI 6
Susunan watak dengan gambar tidak teratur.  Sepatutnya ketua keluarga dahulu yang membuat pengenalan setiap ahli keluarganya.  Namun begitu penyampaian yang bersahaja dapat menutup kelemahan yang kecil itu.  Perkara yang kedua saya juga turut tidak setuju dengan penceritaan pengenalan yang tidak bermula dari watak ketua keluarga yang sebenarnya. Seolah-olah cerita ini diceritakan oleh orang lain. Sepatutnya pengenalan bermula dgn watak itu sendiri yang bercerita dan ianya memberi impak besar kepada kreativiti setiap ahli.  Sepanjang membaca kehidupan Dangau Haryan ini banyak yang saya rasa perlu diperbaiki lagi. Garapan setiap watak amat menonjol ke arah kelemahan sesebuah keluarga.  Ini bukan satu contoh yang terbaik walaupun ia hanyalah satu fantasi. Namun pengajaran diakhir cerita memberi kita satu impak yang besar dan tauladan tentang realiti kehidupan sebenar.  Saya hanyut sebentar dengan kemewahan hidup sebagai seorang anak jutawan... ini betul-betul fantasia bulan madu bagi saya...hahahaha..kenapa saya cakap begitu sebab ianya memberi gambaran yang saya berada di awang-awangan dipuncak impian yang gemilang. Kalaulah terjatuh “gedebuk” pasti saya amat kecewa sekali...hahahahaha. Dreams come true. Itu satu ayat yang berlegar-legar dalam kelapa otak ni. Betulkah?hahaha... Saya rasa Dangau ini boleh dikembangkan lagi kehebatannya kalau setiap watak memainkan peranan “co-operation” dalam keluarganya. Namun begitu saya tetap terhibur membacanya sebab jarang sekali orang mengarap fantasi kehidupan negatif dalam setiap anganan mereka. Hehehehe.. itu pendapat saya saja.  Pengunaan nama, avvy dalam kerektor watak kurang sesuai kerana tiada chemistrynya.  Semoga ahli keluarga Dangau Haryan lebih berjaya dimasa depan. Good Luck!

JURI 7
Hiasan Dangau yang cantik.  Susunatur penceritaan tidak menepati aturan yang dikehendaki.  Penceritaan yang ringkas.  Keluarga yang tidak menepati konsep peraduan.  Imaginasi yang terlalu tinggi (main dangau memang sebegitu kan?) - wajah anak lebih tua dari bapak!!!   Dangau ni sekadar sebuah drama dan bukan dangau impian.  Kredit tambahan - pemegang watak bersesuaian dengan watak.

JURI 8
Gambar & hiasan thread diedit & diatur dengan baik, menarik, kemas & tersusun.  Font yang agak sukar untuk dibaca & pilihan warna yang agak menyakitkan mata.  Banyak kesalahan ejaan & penggunaan shortform.  Penggunaan 'bahasa rempit' juga agak mengganggu. Post tentang penceritaan watak tidak dibuat oleh watak itu sendiri contohnya post 7, 8, 9 & 10 dimana watak Katty Zain (xstudentgurl) menggunakan gantinama 'Qis' (post 7, watak Qismis Zain), 'aku' (post 8, watak Adam Zain), 'saya' (post 9 & 10, watak Jabit Zain) dan di post 12, watak Jabit Zain (airolnizam) yg menceritakan tentang 'Katty Zain' menggunakan gantinama 'aku', di post 13 & 14 (untuk watak Maher Zain), post 15 & 16 (untuk watak Qismis Zain) dan seterusnya.  Tidak merancangkah sebelum tentukan jalan penceritaan & giliran watak2 membuat post?  Tersangat kaya melampaui batas pemikiran.  Pemilihan gambar yang baik & menarik untuk menonjolkan kekayaan & gaya hidup tersebut.  Walaupun ada 'menumpang' watak dari dangau Semarak Nur Kasih, tapi menunjukkan sikap yang bagus dengan tidak 'merendahkan' dangau rakan.  Elemen drama yang menarik.  Mengandungi pengajaran yang menginsafkan di akhir thread.

JURI 9
Kekurangan - gmbr2 yg kurang menarik ( gmbr kurang ceria ).. font tak menimbulkan mood tenang ketika membaca.. sedikit irritating ( mungkin kurang teratur dari segi perenggan ).. suasana penceritaan kurang teratur.. n cepat menimbulkan boring sbb terlalu sempurna sgt kut.  Kelebihan - gmbr2 yg seiring dengan jalan penceritaan dan pengajaran yg baik.. cuma ada sedikit kurang logik..

JURI 10
Dangau ini penceritaan bagus, tetapi lebih kepada situasi keluarga yg kurang berkualiti menyebabkan ia satu gambaran sebuah keluarga yg sedikit pincang.  Penceritaan watak, bagus, tersusun.  Hiasan grafik nmpak menarik.  Mengikut format yg diberi.  Kerjsama sepanjang pembikinan dangau agak baik..

JURI 11
Idea yg luar biasa, kreatif & menghiburkan boleh membuat pembaca terpesona melihat kekayaan keluarga Haryan.  Bagaimanapun kehendak contest yg memerlukan penonjolan keluarga harmoni tidak dipenuhi.  Walaupun ada unsur pengajaran yg ingin disampaikan oleh group ini pada penutup cerita tapi lebih 80% paparan dangau bertentangan dgn nilai2 murni yg dikehendaki.  Penceritaan juga menyimpang dr konsep permainan pondok2 krn peserta tidak melakonkan watak sebaliknya lebih kpd membuat sinopsis drama.   Ia juga kurang kemas & redundant selain penggunaan bahasa sms di beberapa post mengganggu pembacaan.  Penonjolan watak juga mengelirukan.  Ia spt menonton sebuah drama yg pelakon2 didalamnya melafazkan dialog pelakon lain.  Dlm drama biasa tidak mungkin berlaku dialog untuk watak A dilafazkan oleh watak B vice versa.  Dlm dangau ini dialog/posting si anak dipost oleh si ayah menggunakan kata ganti nama diri pertama (aku).   Begitu jugak dgn post2 lain di mana pemegang watak ibu membuat post anak, pemegang watak anak perempuan membuat post utk anak lelaki & masing2 membahasakan diri aku pada post2 tersebut.  Tidak spt dangau Semarak Kasih yg melakonkan watak yg mrk pegang, peserta dangau ini hanya bertugas menepek storyline yg disediakan mengikut giliran.  Bagaimanapun, secara keseluruhan dangau ini menarik & menghiburkan dgn2 gambar2 yg diframe & disusun dgn kemas, banner2 yg dibuat khas serta idea yg melampaui imaginasi, lucu & kreatif.  Tugasan lain spt
gambar2 rumah, kerjaya, rutin harian dsb juga disiapkan dgn baik.  Kredit utk persiapan thread yg rapi & tersusun menunjukkan kesungguhan & ketelitian mrk dlm menyiapkan dangau ini.  

JURI 12
Kisah yang menarik. Nama-nama watak yang unik. Overall, Kisah dan Teladan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-5-2011 10:57 AM | Show all posts
Apa kata Juri Khas.......





JURI 1
Idea yang baik.Ada usaha dalam membuat glitter dan gambar. Ringkas dan padat. Tetapi agak simple. Masih boleh menghias dangau dengan lebih menarik

JURI 2
Jalan cerita agak kurg pada permulaan, penutup agak simple..jalan cerita agak simple..jalan cerita tentang khidupan anak yatim yg meneruskan legasi ayah dan ibunya.  jalan cerita yg boleh dijadikan idola.  di segi kreativiti  permulaan cerita kurang menarik.  terlalu simple tapi mudah dibaca..

JURI 3
font yg sesuai..jln cerita biasa2 je..gamba pun xbrapa menonjol..pengenalan watak xbrapa kemas..

JURI 4
Ringkas tapi wajah watak2 tu amat sesuai.Penerangan yg simple..pic senang loading.

JURI 5
Simple. Utk pengenalan lebih kepada isi yg panjang. Kisah 4 beradik perempuan yg kematian kedua ibubapa. Mewarisi segala kekayaan dan perniagaan ibubapa. Frame cantik. Font ok. Susunatur kemas. Tak sarat dengan hiasan.

JURI 6
Membaca kisah Dangau D’Hom mengingatkan saya tentang perpaduan dan ikatan kasih sayang diantara adik beradik amatlah penting dan menjadi tiang seri dalam sesebuah keluarga. Saya tabik dengan keluarga ini.  Sentiasa mengamalkan tolenransi dan kasih sayang mereka sentiasa utuh walaupun ibubapa mereka sudah tiada.  Setiap didikan yang tercurah mengambarkan mereka mempunyai semnagat yang kuat demi menyambung usaha dan tenaga dalam merealisasikan hasil titik peluh yang ditinggalkan oleh kedua ibubapa mereka.  Jarang sekali kita mengilhamkan fantasi yang penuh dengan kekuatan jiwa adik-beradik yang hidup dalam kasih sayang yang tidak bertepi.  Selalunya bila ibubapa tiada adik beradik hidup berantakan dan membawa haluan masing-masing.  Ini tidak berlaku dalam keluarga D’Hom.  Saya tabik kat mereka semua. Garapan dan penceritaan penuh semangat tanpa emosi sedih.  Perhatian diantara adik beradik ini menguatkan lagi pepatah “Air dicincang tidak akan putus” begitulah kuatnya ikatan kekeluargaan mereka semua.  Seolah-olah realitinya mereka ujud tanpa disedari.  Setiap olahan yang dibuat mengambarkan kehidupan kita amat dekat dengan fantasi ini. Setiap ahli memainkan peranan yang baik dan bagus. Setiap avvy, nama, kehidupan mereka dan sekitar tempat tinggal diolah dengan baik dan mempunyai keistimewaan tersendiri.  Tahniah D’Hom!

JURI 7
Hiasan Dangau yang cantik... susunan menepati syarat peraduan.  Penceritaan yang terlalu simple - mostly dgn penggunaan gambar sahaja.(Ini kan Dangau!)  Kredit tambahan - pemegang watak bersesuaian dengan watak.

JURI 8
Nama dangau yang menarik. diambil dari pangkal nama setiap ahli. de'hom juga macam membawa maksud 'the home'. kreatif.  Pemilihan font & warna yang kemas & jelas. mudah untuk dibaca.  terlalu banyak watak. tapi tidak diceritakan secara detail. contohnya tentang keluarga watak 'Kak Long'.  terlalu simple. agak bagus sebenarnya sebab tak la meleret & 'merepek'.  editing gambar yang kemas & size/frame yang seragam. penggunaan hiasan yang minima juga melajukan proses load thread dangau.  penerapan nilai kekeluargaan yang baik. bagaimana 4 beradik yang bersatu & masih bersama selepas kematian ibubapa. juga usaha yang baik untuk merapatkan silaturrahim dengan sanak saudara di luar negara.

JURI 9
kekurangan - kurang gmbr2 ahli kuarga.. terutama gmbr sec individu.. gmbr byk berulang dengan dangau yg lain ( x pasti siapa yg post dulu )..jalan penceritaan yg terlalu ringkas.. penggunaan font yg kurang ceria.  kelebihan - penggunaan border gambar yg kemas dan susunan perenggan yg teratur.

JURI 10
Susunan cerita yg menarik tetapi seperti kekurangan sesuatu.. kurang perencah.  Grafik yg digunakan juga menarik hati.  Kerjasama ahli sepanjang pembikinan dangau sedikit mengecewakan apabila terdapat ahli yg kurang mahu bekerjasama.  Hiasan simple.

JURI 11
Tidak banyak yg boleh diulas ttg dangau ini sbb ianya sgt ringkas.  Sekali pandang ia seperti sebuah thread koleksi gambar beserta caption. Penceritaan walaupun sgt sederhana tetapi berjaya menepati kehendak contest.  Meskipun tanpa watak ibu & bapa, group ini berjaya menampilkan kehidupan keluarga harmoni dgn menekankan nilai2 kasihsayang & saling menghormati sesama mrk. Tugasan2 lain spt gambar2 kediaman, kereta & aktiviti harian ahli dangau disempurnakan dgn baik.   Di segi penonjolan watak, agak kurang kemas krn walaupun peserta2 dangau ini membuat post mengikut watak tapi mrk juga sebagaimana Dangau Haryan, tidak melakonkan watak mrk sebagaimana sepatutnya dlm 'bermain pondok2'.  Posting2 pengenalan watak & aktiviti walaupun dilakukan oleh watak itu sendiri ttp pembawa watak tidak meletakkan diri mrk sebagai pihak pertama.  Cth: watak Kak Long bercerita ttg diri sendiri tapi menggunakan kata ganti nama diri 'dia' disamping memuji diri sendiri yg katanya bertanggungjawab kpd 'kami'.  Siapa kami?  Pemilihan font, gambar & lain2 hiasan thread tidak terlalu sarat & semuanya loading dgn baik.  Markah tambahan diberi utk gambar2 yg diframe dgn kreatif & seragam.  Penggunaan glitters juga membantu  menceriakan sedikit dangau yg ringkas ini. Secara keseluruhannya thread walaupun sederhana tetapi kemas & cantik.

JURI 12
Banyak tul gambar dalam cerita nehh. Gambar2 mmg bagus, tapi lebih bagus...kalau seimbang dengan cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2011 11:20 AM | Show all posts
Apa kata Juri Khas.......



                              


JURI 1
Cantik dan kreatif. Banyak hiasan yang menarik. Jalan cerita yang baik. Bahasa yang teratur dan kemas. Diari Harian yang sangat detail, macam baca diari betul (Menjiwai watak   ). Imaginasi yang baik

JURI 2
kisah seorang bapa yg mendidik anak2nye tanpa isteri disisi mendidik anak2nya dengan baik sekali [ada bilik bacaan] dan anak2 Berjaya dalm hidup masing2... suka baca cerita ni sebab kehidupan diorg teratur dan best dan bersatu padu...mmg keluarga idaman walaupun tiada isteri disisi kretiviti ok.. byk gmabr yg menarik..kena dengan Jalan cerita xbosan jugak membaca

JURI 3
font kreatif tp ada byk gak yg xkuar..gamba menarik..byk gak gamba yg paparkan wajah org len kikiki..pengenalan watak kurang kemas

JURI 4
1 lagi Dangau yg cliche tp OKlah.  Masing2 inginkan perfection dlm hidup.  Bnyk sgt glitter2,distracted bila baca, bnyk gangguan.  Apa2 pun mmg cantik dan tersusun.  Kebanyakan pic dlm ruang menjadi citarasa I.  Kalau pic2 tu disetkan dlm saiz yg sama lagi cantik.

JURI 5
Jalan cerita yg agak menarik. Susunatur gambar dan penceritaan yg kemas tp sarat dengan hiasan. Kisah keluarga bahagia dan harmoni. Paling suka bab pergi ke dusun buah-buahan. Tipikal bagi kebanyakan keluarga Melayu. Agak meleret-leret jugak cara penceritaan dangau ini. Satu2nya dangau yg berjaya menyiapkan tugasan tepat pada waktunya.

JURI 6

Semasa berkunjung ke teratak indah Dangau Jamiah ini.. saya terkeliru sedikit. Banyak pun ya jugak sebab pengenalan ahli2 dengan watak yang dipegang tidak dijumpai diawalannya.  Bila abis baca baru tahu siapa watak dan siapa pemegangnya.  Ya ampun. Kelemahan saya kerana menganggarkan saya menemuinya diawal cerita.  Ini satu kelemahan yang mungkin mereka tidak sedari.  Satu point ditolak awal-awal. Hehehehe. Maafkan saya.  Memasuki Dangau Jamiah saya dihidangkan dengan keindahan teratak Jamiah yang indah lagi tenang. Setiap inci/penjuru di tampilkan dalam kemewahan yang tidak berlebihan.  Saya agak warga Jamiah suka dengan dekorasi dalaman... setiap perabot dan lokasi rumah ada kisah tersendirinya. Ini dah macam masuk dalam rancangan dekor idaman/astana. Hehehe... kenapa saya cakap begitu sebab... permulaan cerita berkisar tentang rumah, perhiasan dan dekorate yang amat cantik dan tenang.  Saya ingin menyentuh watak pula... setiap ahli Jamiah kurang menumpukan kepada kisah diri sendiri... contohnya.. perihal/dairi  Babah di garap oleh si anak... diary  Along di garap   oleh adik... saya tidak terfikirkan kisah ahli Jamiah diceritakan oleh ahli yang lain...walaupun itu menunjukkan keperihatinan ataupun kefahaman mereka tentang perihal masing-masing.... Pada saya pengenalan diri sendiri perlu di garap oleh tuan punya diri agar kita lebih dekat dan memahami watak dengan cepat tanpa ada kekeliruan.  Disini saya ingin menegur tentang kerjasama anatara ahli mungkin agak lemah sedikit.. sebab terdapat beberapa ulangan kisah berkenaan watak yang sama walaupun berlainan garapan. Rasanya itu tidak perlu kerana membazirkan ruang dan peluang untuk memberi laluan kepada kisah ahli Jamiah yang lainnya atau ruang cerita yang lebih menarik lagi.  Penekanan setiap ahli lebih tertumpu kepada kisah cinta masing-masing... maybe itu adalah kekuatan mereka. Namun pada saya kisah itu hanya smpingan saja bukan point yang besar. Walau apa pun mereka tetap bersemangat menjayakan fantasi yang indah ini.  Satu kredit buat mereka kerana banyak lampiran gambar-gambar yang mengambarkan situasi kisah yang dilalui sepanjang kehidupan di dangau ini.  Saya terharu bila melihat gambar kenangan lama sewaktu majlis perpisahan Tuan Hj. Zainal kat sekolah tu. Ianya betul-betul mengamit memori lama zaman sekolah dulu2.  Tahniah buat mereka semua.  Kelemahan yang saya temui diawal cerita telah hilang sedikit demi sedikit dengan suasana serta lampiran gambar yang kena dengan jalan cerita mereka. Satu point lagi kat sini. Walaupun tiada persamaan watak yang tergambar dengan watak pengenalan namun ianya boleh dimaafkan.  Good Luck Dangau Jamiah

JURI 7
Dangau yang menepati syarat yang ditetapkan.  Penceritaan yang ringkas, lengkap dan menarik.  Hiasan dan pemilihan gambar harus dipuji - walaupun tidak tersusun.  Font digunakan tidak seragam - menampakkan sedikit cacat pada kekemasan Dangau.   Kredit tambahan - menepati konsep Rumah Ku Syurga Ku.

JURI 8
Tthread terlalu sarat & berat dengan hiasan. mengambil masa yang agak lama untuk selesai load. itupun terpaksa refresh banyak kali supaya semua gambar appear. ada gambar yang tak appear langsung pun.  berikan perhatian, kebanyakan online image generator hanya akan menyimpan image yang dihasilkan untuk tempoh terhad sahaja. anda kena save & upload di akaun photobucket/imageshack sendiri.  pemilihan & penggunaan font yang tidak seragam.  susunan gambar & hiasan yang tidak mengikut alignment. nampak bercelaru.  saiz gambar tidak sekata. watermark tidak diedit/dibuang. contohnya gambar pintu rumah, diambil dari katalog? pemilihan frame gambar pun tidak seragam.  kerjaya yang dipilih tak sepadan dengan aset yang dimiliki. terlalu kaya untuk seorang pengetua & hanya pernah bekerja sebagai guru sahaja.  rasanya ada juga 'masalah' seperti dangau Haryan. penceritaan watak tidak dilakukan oleh watak itu sendiri. walaupun ahli dangau memberikan alasan 'unik' dengan memperkenalkan & kemudian mempersilakan watak itu bercerita. alasan yang cuma mahu menutup kesalahan barangkali?  jalan cerita yang biasa sahaja. keluarga orang baik2. penceritaan yang agak meleret & membosankan.  kisah percintaan antara watak 'Adlah' & 'Aaron' terlalu mendominasi dangau ni. berulang2 & meleret. agak membosankan.  markah lebih untuk penerapan nilai Agama & kekeluargaan. dapat membayangkan kebahagiaan keluarga ini.

JURI 9
kelebihan - gmbr yg lengkap dan ceria. warna-warna dan effect tulisan yg cantik. cerita yg ringkas dan lengkap mudah utk dihayati dan di fahami. kekurangan - tulisan yg tak seimbang.. kejap besar kejap kecik..

JURI 10
sebuah paparan kisah keluarga yg sgt islamik.. menarik.  jalan cerita/susunan begitu menarik hati utk di baca.  secara peribadi, bagi saya ini adalah dangau terbaik di antara kesemua dangau yg dipertandingkan.  sebuah dangau yg hampir sempurna.  kerjasama antara ahli, sgt membanggakan.

JURI 11
Dangau ini menepati kehendak contest dlm memaparkan sebuah keluarga harmoni.  Jalan ceritanya juga logik & tugasan2 yg diperlukan spt gambar rumah, kereta, kerjaya, aktiviti & rutin harian ada disediakan.  Bagaimanapun di segi penceritaan,ia juga kurang menepati konsep sebenar dangau.  Dangau Contest ialah permainan pondok2 di mana peserta sepatutnya melakonkan watak mrk.  Ia berbeza dgn pertandingan bercerita jadi ia tidak cukup dgn sekadar membuat credit title tetapi peserta harus berposting mengikut watak mrk di dalam dangau.  Mrk boleh bercerita ttg watak lain tetapi mestilah melalui sudut penceritaan yg tepat.  Kalau si anak menceritakan aktiviti bapa ia mesti dibuat menggunakan POV anak bukan menepek post watak bapa di dlm post mrk.  Di segi kekemasan thread pula, ia kurang kemas & post2nya tidak konsisten bagaikan tiada perbincangan antara ahli kumpulan bagaimana mrk mahu mempersembahkan dangau mrk.  Ada post2 yg dibuat dgn baik, penceritaan & susunan gambar kemas & teratur serta gambar2 pada saiz yg sesuai, diframe & disusun dgn cantik serta loading dgn sempurna tetapi ada pula post2 yg kelihatan terlalu sarat dgn glitters, gambar yg terlalu besar, tidak diframe & ada juga gambar orang lain diletak selain ada glitters/grafik yg tidak keluar krn link asal sudah expired.  Ahli dangau sepatutnya upload semua gambar/grafik/glitters yg ingin digunakan di image hosting sendiri dgn tidak mengambil jalan pintas menepek terus dr web asal.  Persembahan thread sebegini memberi persepsi seolah2 tiada kerjasama antara ahli.  Masing2 hanya bertugas menyiapkan bahagian masing2 sahaja & tidak saling memeriksa post2 ahli lain utk mempastikannya seragam/harmoni, ada continuity serta tidak redundant dgn pengulangan isi yg sama.  Bagaimanapun kecacatan paling ketara ialah pada gambar2 rumah yg ditepek terus tanpa membuat editing sehingga deskripsi produk kayu dr laman asal tertera dgn jelas.  Di dalam pertandingan di mana kekemasan & persiapan thread diambil kira ia tidak sepatutnya berlaku.  Begitu juga dgn gambar2 Ucu tertera nama Heliza Helmi.  Apa salahnya dicrop sedikit gambar2 tersebut utk membuang tulisan2 yg tidak berkaitan dgn dangau atau lebih baik lagi kalau diberi sedikit sentuhan kreatif bagi menampakkan seolah2 gambar2 yg digunakan adalah koleksi peribadi keluarga Jamiah.  

JURI 12
Satu lagi kisah Album Gambar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2011 02:57 PM | Show all posts
Apa kata Juri Khas.......






JURI 1
Idea membuat  dangau kucing adalah satu yang kreatif. Cerita yang pelik dan lawak…hihihi. Berani mengambil risiko kerana bukan mudah untuk mencari gambar yang sesuai bagi family kucing. Tp Si jajaka tu syok sendiri sbb sibuk cerita pasal diri dia jer...tak cerita sekali pasai family dia..hehe.

JURI 2
jalan cerita yg menarik..byk gmbr kucing[nama lagi keluarga kucing]..n kdg2 pening tgk.. ..kretiviti bolehlah sbb xder lagi yg buat ciretia binatang cm ni..tapi nk berbanding dengan dangau yg lain yg lain lg ok rasanya..jalan cerita mengenai keluarga yg sempoi dari atas smpai kbawah..dalam pembawakan cerita yg ingin dijadikan keluarga contoh Ejaan bahasa yang ala2 comel [xminat] xtau lak bahasa kcuing comel cm tu..haha

JURI 3
hahaha yg ni klakar..sb xsangka family kucen..ekekekeek kreatif tp font dia agak menyakitkan mata..hikhik cerita pasal umah xdetail sgt

JURI 4
Lain dr yg lain. Tak sangka pulak.  Suka sgt membaca ttgnya. Cuma pic2 tu ada yg tak sama, agak mengelirukan.  Mungkin kekangan masa nk buat @ idea canggih blom timbul masa tu.  Apa-apa pun,nice job.

JURI 5
Satu percubaan yang berani kerana menampilkan kucen2 sebagai watak utama. Ada kelainan. Kreatif dengan idea tersendiri. Walaupun kucen..hidup 'mereka' juga agak mewah. Gambar2 juga menarik dan bersesuaian dengan watak. Kereta jajaka kaler pink ya...

JURI 6
Pertama sekali saya masuk Dangau Gonjeng ni, saya teruja dan terasyik dengan kecantikan banglo kecil nan indah itu... kaler pink adalah kesukaan saya.. so kreatif mereka.  Tapi bila bab berkenalan dengan penghuninya saya lagi sekali terkesima dan terkujat sekejap... hahahaha sebab saya tidak menyangka akan berkenalan dengan keluarga besar seekor kucing yang chomel dan kiut miut sekali.  Ini betul-betul idea kreatif. Tiada dalam kotak fikiran saya tentang fantasi sebegini kreatif dan sebegini cute. Saya akui dulu-dulu saya sukakan kucing dan menjadi teman bergurau mesra dikala sunyi dan sepi. Namun satu tragedi telah berlaku merubah semuanya. Itu sejarah lama.  So berbalik kepada keluarga Gonjeng ini.... terfikir difikran bagaimana ujudnya idea kreatif ini dan untuk melakari setiap feel yang ada pada seekor kucing leh direalisasikan di Dangau ini. So cute.... saya suka plot ini. Suka.. suka.. suka.... tiga bintang terawal saya kreditkan tuk mereka semua.  Jalan cerita cukup sempoi dan bersahaja. Rasa toya je muka bila si cute miut ini meluahkan rasa cinta dan kasihnya terhadap pasangan yang di sukainya.  Betul-betul mencabar minda tuk menjiwai watak-watak sebegini. Apa yang saya ketahui... ahli-ahli Gonjeng ini terdiri dari kumpulan yang sukakan kucing dan mereka patut diberi pujian sebab berjaya mengolah satu kreativiti yang sangat bagus. Bukan sebarangan orang dapat menyelami kelakuan perasaan dan telatah kucing yang terkenal dengan aksi manjanya ini.  Saya suka dengan Jajaka yang serius dan tegas tapi penuh dengan kasih sayang.Tam-tam pula kucing jantan yang nakal dan penuh kecintaan nan satu. Setianya dia demi cinta kepad Zara... saya memang suka dengan keluarga Gonjeng ini.  Tak terkata apa saya bila garapan yang bagus ini menjadi fantasia mereka yang sayangkan kucing. Good job...good idea dan good creativiti. Semuanya best..bagus dan kelakar.  Banyak lagi nak disentuh namun cukup la setakat ini sebab banyak lagi rumah kena kunjungi. Tahniah Gonjeng...

JURI 7
Susunan Dangau tidak menepati syarat peraduan.  Idea yang menarik... daya imaginasi yang tinggi (ada jugak org yang berangan nak jadi kucing!)   Gambar-gambar kena dengan cerita.  Bagai sedang membaca komik kartun Disney versi Melayu.  Hiasan thread tidak berapa kemas... font yang digunakan tidak seragam.  Logik?  Macamana nak komen ek? Imaginasi setiap individu memang diluar jangkauan.  Tapi syarat contest yang telah ditetapkan... perlu ada logik dalam penceritaan.  Kredit tambahan - pemegang watak bersesuaian dengan watak

JURI 8
idea & imaginasi yang baik. berjaya mengolah cerita & dialog dengan menarik.  ikatan kekeluargaan yang bagus sesama & antara 2 family kucing yang akhirnya bersatu/berbesan. kejutan yang menarik. happy ending.  gambar yg comel & menarik. penggunaan hiasan yang mengikut tema kucing. tidak keterlaluan & just nice.  penceritaan tentang watak dipost sendiri oleh pembawa watak. nampak teratur & tidak mengelirukan.   penggunaan font/warna yang asyik berubah sejak awal thread agak memeningkan. nampak kurang cantik kerana tidak seragam.  akan jadi lebih menarik jika ada sedikit usaha untuk mengedit gambar & seragamkan alignment.  apapun, dangau ini adalah percubaan yang baik & menarik.

JURI 9
kelebihan – jalan penceritaan yg kreatif.. lain dr yang lain dengan penggunaan kucing sbgai watak2 penceritaan.. gmbr yg menarik dan seiring dengan berkembangnya watak.. ahli kuarga yg cute..  Kekurangan – susun atur gmbr dan perenggan sedikit berterabur dan tidak tersusun.. kurang kemas. Penggunaan font yg kurang menarik..

JURI 10
sedikit lari dari konsep kekeluargaan-haiwan? mcm pelik.  Bagaimanapun, susunan cerita, agak menarik.  kerjasama kumpulan- bagus..  lebih menarik jika dpt di olah menjadi kisah keluarga manusia.

JURI 11
Di segi idea, agak tidak logik kucing boleh memiliki rumah & kereta tapi memandangkan tiada syarat yg menetapkan peserta hanya boleh berimaginasi mengenai keluarga manusia & kehidupan di bumi saja, penjelajahan minda peserta2 dangau ini ke planet asing yg dinamakan planet kucing di mana penghuni2nya menjalani kehidupan spt manusia ialah satu percubaan yg berani & kreatif.  Pembukaan thread dgn memaparkan gambar2 rumah terlebih dahulu sebelum membuat credit title & pengenalan watak pada post berikutnya berjaya memberi kesan dramatik menjadikan pembaca tertarik utk terus mengikuti perjalanan dangau ini seterusnya.  Penonjolan watak jugak dilakukan dgn baik di mana ahli dangau membuat post mengikut watak2 yg mrk pegang & dr sudut penceritaan yg tepat.    Paparan keluarga harmoni pula tidak begitu ketara krn dangau ini melibatkan kehidupan 2 keluarga di mana salah satunya ialah keluarga yg tidak lengkap hanya anak & ibu manakala satu keluarga lagi walaupun ada watak bapa, anak & ibu tetapi watak bapa kurang menonjolkan peranannya sbg bapa & suami.  Di segi penceritaan & persiapan thread, mesikpun gambar2 watak & gambar2 sampingan serta youtube yg digunakan sgt menarik, lucu & menghiburkan tetapi ia boleh dianggap persembahan thread yg sederhana saja krn tiada usaha utk memberi sentuhan peribadi kpd gambar2 yg digunakan selain pemilihan font yg tidak seragam/harmoni serta adanya gambar2 kucing yg berbeza utk watak yg sama menjadikannya kelihatan spt kompilasi sketsa kreatif yg disusun rawak.

JURI 12
Kisah yang Unik. Watak yang Unik. Gambar-gambar yang dikepilkan dalam pengkisahan ini pung, Unik-Unik belaka. Syabas!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 01:56 PM | Show all posts
Apa kata Juri Khas.......






JURI 1

Penggunaan kad-kad yang dibuat sendiri. Nampak kemas dan lebih mudah untuk dibaca. Gambar yang cantik dan kreatif. Dangau masih boleh dicantikkan lagi dengan ditambah perisa-perisa tambahan untuk mencantik dan melazatkan.

JURI 2
best..xbosan membaca..gambar edit n xmemeningkan ,watak2 cantik dan menarik... jalan cerita kekampungan,menunjukan kehidupan di kampung.. sifat kekeluargaan dan setia antara satu sama lain antara laki bini tu.. ayahnye mengajar anak2 jadi org yg baik..cukup solat..jalan cerita yg teratur.

JURI 3

font ok..gamba klasik tu menarik tp kecik sgt..cerita pasal umah xbyk sgt..tp jln cerita ok

JURI 4
Terlalu ringkas.Pic cantik,nolstagia dgn suasana kampung.Pic2 agak besar,lambat loading.

JURI 5
Satu2nya dangau yg hidup cara sederhana, cara rakyat kebanyakan. Kelemahan cuma pada gambar yg bersaiz kecil tp tampak kelebihan kerana gambar zaman kecil diwarnakan dengan kaler kuning.  Group ini juga nampak komited kerana sanggup bermeeting di alam realiti utk menyiapkan tugasan dangau ini.

JURI 6
Berkunjung ke taratak Dangau Sepoi-Sepoi Bahasa ni   mengamit memori ketika membesar di kampung dulu-dulu. Seakan sama saja panorama kampung ini dengan kampung saya di Pasir Mas tu. Ada sawah padi.. rumah kayu lama... ada perigi ... ada buaian... memang samalah.  Saya teruja sekali membaca kisah keluarga Pak Romli ni... watak dan gaya penyampaiannya sempoi dan kena dengan setiap karektor yang dibawa. Pandai merkea memilih watak-watak tuk diterajui. Good job. Memory silam sentiasa terbayang-bayang dimata dan kotak fikiran bila setiap bait-bait ayat yang tersusun rapi memulakan penceritaannya. Rindu saya zaman itu. Rindu masa remaja.. rindu masa kanak-kanak.. Kenakalan anak-anak kampung menjadi asam garam dalam kehidupan mereka. Kesopanan  anak dara melayu kampung menjadi igauan setiap jejaka yang berangan tuk memilih gadis baik dan sopan dari kampung. Semuanya tergarap dengan baik dan bahasa yang sungguh indah. Bertepatanlah dengan nama Dangaunya Sepoi-sepoi bahasa. Sungguh indah bahasa penyampaian sungguh kekampungan suasananya... sungguh kekeluargaan hubungan silaturrahimnya...  Betapa saya teramat memuji ahli dangau ini kerana fantasia ini sungguh asli lagi original dari anganan yang lain2nya.  Segala mala aktiviti di tulis begitu terperinci dan asli dengan keadaan semulajadi sebuah kehidupan di kampung. Tahniah Keluraga Pak Romli.  Terubat rindu pada kampung halaman bila menyelami dunia yang seterusnya yang seakan-akan ujud dialam realiti sendiri. Memang benar ini adalah idea asli saya cakapkan. Sebab kita tak rasa berada dalam fantasi tapi kita betul-betul hidup dalam kehidupan keluarga Dnagau ini. Kalau ada 10 bintang saya dah bagi dah.. tapi tabung saya hanya ada 6 bintang saja.  So saya bagi 6 bintang lah... tak terucap kata-kata lagi dengan kreativiti mereka dalam mejayakan Dangau Sepoi-sepoi Bahasa ini. So naturally.  Tiada kata secantik bahasa nak ku gambarkan betapa indahnya kehidupan disini... tiada bahasa secantik senyuman nak ku gambarkan betapa bahagianya berkunjung ke sini.
Saya akhiri disini dengan ucapan Tahniah dan selamat maju jaya buat Keluarga Dangau ini.

JURI 7
Susunan Dangau tidak menepati syarat peraduan.  Pengenalan cerita yang menarik - keluarga harmoni yang lebih down to earth.  Hiasan Dangau yang terlalu simple.  Cara pengenalan watak yang menarik.  Penggunaan gambar dalam corak yang menarik bagai menggembalikan nostalgia.  Penceritaan imbas kembali kekadang agak meleret- terasa seperti membaca novel.  Kredit tambahan - pemegang watak bersesuaian dengan watak.  Kredit tambahan - menepati konsep Rumah Ku Syurga Ku

JURI 8
menarik. 'anda tidak perlu menjadi kaya raya & bermewah untuk berbahagia'. syabas.  unik. kerana memaparkan kehidupan di kampung & pengusaha gerai makanan.  segmen flashback juga menarik dengan editing gambar bertone sephia (nampak macam gambar lama). tapi saiz gambar sangat kecil.  berhati-hati la bila memilih gambar kerana orang yang ada dalam gambar tu tak sama dengan wajah watak yang dipilih (contohnya post #17).  gambar profile watak yang menarik, seragam & simple.  penggunaan dialek negeri perak membuatkan thread ini menarik untuk dibaca.  'hantu kak limah balik rumah'? sudah agak bosan dengan 'lawak kak limah' ni. apapun, usaha yang baik.  penutup yang baik dengan menampilkan gambar ahli group.

JURI 9
kelebihan – susunan jalan cerita yg ringkas dan menarik.. menarik minat untuk membaca dari mula hingga habis. Border gmbr yg cantik dan kemas.  Kekurangan-kebanyakkan gmbr bersaiz kecil ( x puas nak tengok ) , tulisan yg tidak kreatif dan tidak berwarna ( tak ceria ).

JURI 10
dangau yg terlalu ringkas.  kurang kreativiti walaupun penceritaan nye menarik.  kurang hiasan-kurang menarik.  susunan cerita, bagus.  kerjasama antara ahli, sgt bagus

JURI 11
Sgt menarik.  Idea yg baik digarap dgn baik.  Permulaan cerita, klimaks & penutup yg begitu berkesan hingga tergambar di mata kehidupan keluarga ini & suasana desa yg cuba disampaikan oleh mrk.  Kehendak contest yg memerlukan paparan keluarga harmoni juga disempurnakan dgn baik & di segi penonjolan watak pula, ia menepati konsep permainan pondok2 krn setiap peserta berposting mengikut watak & dr sudut penceritaan yg betul.  Malah, profile ahli keluarga yg dibuat dgn kreatif & lain dr yg lain berjaya menunjukkan perbezaan karekter setiap watak  seolah2 mrk semua benar2 wujud di alam realiti.  Pujian harus diberi kpd dangau ini atas keberanian menyongsang arus ketika dangau2 lain menampilkan gaya hidup moden/terkini, dangau ini kembali ke persekitaran kampung menyelami kehidupan daif masyarakat kampung dgn cara yg santai & penuh jenaka menggunakan loghat yg menarik. Bagaimana pun di segi persembahan thread, ia kurang memuaskan.  Penggunaan font berwarna/glitters/grafik bukanlah sesuatu yg wajib, tetapi jika ia digunakan dgn betul ia dapat membantu menambahkan keindahan thread.  Sekiranya peserta merasa tidak perlu dgn bahan2 bantu spt itu & hanya ingin bergantung pada gambar sahaja (selain cerita), mrk sepatutnya mempastikan gambar2 yg diguna dapat memberi impak maksima kpd thread bagi menutup kekurangan yg ada.  Tetapi jika gambar2 itu pula bukan saja tidak mampu menutup kekurangan thread tapi jugak mempunyai kekurangannya sendiri ia makin merosakkan lagi thread ini.  Gambar2 yg disertakan samada berada dlm saiz yg terlalu besar atau terlalu kecil, banyak diantaranya memaparkan wajah2 yg tidak sama dgn watak.  Ia tidak sepatutnya berlaku krn pembaca telah terlebih awal diperkenalkan dgn setiap watak, jadi semestinya pada gambar2 yg menyusul kemudian, pembaca mengharapkan utk melihat wajah2 yg sama bukan wajah2 yg asing sama sekali.  Kecacatan ketara ialah pada post penutup dangau ini di mana pada gambar keluarga yg tertera perkataan 'Keluarga Sepoi2 Bahasa', pembaca langsung tidak menemui wajah Markonah atau Romli di situ.  Yg jelas terpampang hanylah wajah Ucu dr Dangau Jamiah!

JURI 12
Usaha yang bagus.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2011 01:46 PM | Show all posts
Apa kata Juri Khas.......





JURI 1
Idea yang menarik. Dangau Korea. Tapi agak confuse pada permulaan, siapa anaknya, siapa menantu, siapa pula budak kecik tu. (Tak kenal pelakon korea kaedahnya, bila baca nama jer dah confuse, jate ker tino ni)  Tapi setelah baca 2-3 kali, boleh difahami. Cerita menarik dan gambar yang baik. Tapi masih banyak yg boleh dilakukan kumpulan ini sebenarnya kerana ahli kumpulannya ramai yang berkaliber dalam mengedit gambar dan kreatif. Tapi memang nampak gambar-gambar yang mereka edit dan buat sendiri. Macam dibawa menjelajah ke korea pula. Hehe.

JURI 2
dangau ni nampak harmoni..sebab kaler dia so to pink..comel je.. and gambar dia pun menarik..jalan cerita yang teratur..sebuah keluarga korea [yeker? xarif sgt nh..haha] and penulisan yg senang dibaca dan difahami tapi ada jugak yg agak memeningkan jugak.. kecuali nama korea mereka haha [bukan peminat korea susah la sket] jalan cerita romantik..mengandungi sket2 sejarah tempat..masa diorg honeymoon tu [aiyoo cite bhsa inggersssshhhhh *pitam] oklah penggunaan bi diorg bagus...

JURI 3
Ulasan/Komen : jln cerita biasa je, gamba yg comel..font yg senang mata nk baca..

JURI 4
Ulasan/Komen:imaginasi Korean yg baru nk belajar cakap omputih,hehehe.Salah satu dangau lain dr yg lain juga.Pic2 dan grafik2 cantik & tersusun kemas.Pemilihan fon yg sesuai.  Cuma satu aje...nama2 @ watak betul2 buat i keliru..kena baca bnyk kali.

JURI 5
Ulasan/komen : Pastinya ahli dangau ini adalah fanatik kdrama. Percubaan yang berani dan ada kelainan. Bahasa pengantara ada 2 BM dan BI. Tp nampak berterabur pulak bila dicampurkan kedua2 bahasa ini. Group ini juga berjaya menyiapkan dangau walaupun 'masuk' bertanding agak  lewat. Banner juga cantik.

JURI 6
Menjengah ke Dangau Arqisia memberikan saya satu fenomena baru dan tak terkanjau anganan sebab saya kurang sangat berminat dengan Korean plot.   Tapi takpe sebab saya disini hanya tuk memberi ulasan dan markah saja.  Saya tak berapa tahu kisah2 drama Korea ni.. namun dari watak-watak yang terlibat dan karektor yang dikisahkan disini memberi satu kefahaman kepada saya tentang kegilaan ataupun aura drama Korean dah lama bertapak disini.Lupakan itu.  Saya bangga dengan Arqisia ini sebab dari pemerhatian dan pembacaan, saya merumuskan mereka berpengalaman dan berpengetahuan tentang kehidupan setiap idola mereka. Garapan tersusun dengan pengenalan watak dan panorama tempat tinggal yang serba sederhana dan serba ringkas. Maybe itu kehidupan sebenar di kotaraya Korean City agaknya.  Membaca kisah mereka kita bagaikan menonton drama korea agaknya. Terlalu banyak plot yang menyamaikan drama itu. Hilang sudah keaslian fantasi yang kreatif sebab sebahagian dari kisah hidup lebih tertumpu kepada dairy kehidupan dan tak banyak yang saya jangkakan terpapar disini. Saya ingin lebih dari itu. Saya ramal akan mendapat sesuatu yang luarbiasa dari kehidupan yang biasa kita lihat.  Maaf saya katakan saya kurang enjoy disini. Maybe saya kurang pendedahan dengan kehidupan keluarga Korea kot..hahahahaha.. celupar sungguh kan...sorry.  Namun begitu tahniah kepada mereka sebab saya mendapat satu fenomena baru dengan keluarga ini. Masih dalam plot biasa tanpa ada komedi dan kisah2 yang mengegarkan jiwa dan perasaan.  Itu hanya pendapat saya saja. Thats all.

JURI 7
Susunan dangau yang menepati syarat yang ditetapkan.  Satu idea yang menarik - menjadi sebuah keluarga asing yang lain dari kebiasaan.  Hiasan dan penggunaan gambar yang boleh dipuji.  Dialog yang cuba diselitkan bagai tidak menjadi! Tidak nampak perbezaan antara penceritaan dan dialog yang terselit.  Penggunaan dwi-bahasa yang sedikit mengganggu penghayatan.  Penerangan tentang impian peserta tidak dinyatakan.  Kredit tambahan - pemegang watak bersesuaian dengan watak

JURI 8
usaha yang baik dalam mengedit gambar, animated gif & banner. hiasan yang seragam & kemas.  penggunaan font/warna yg jelas & mudah untuk dibaca.
ini adalah forum bahasa malaysia. jika hendak gunakan bahasa inggeris, pastikan ianya digunakan dengan betul/baik. penggunaan broken english sangat la mengganggu.  menggunakan alasan family dari korea yang tidak fasih menggunakan bahasa melayu/inggeris. tapi pandai pulak guna shortform?   penceritaan tentang aktiviti seharian tidak dilakukan oleh pendukung watak itu sendiri. agak memeningkan. terpaksa scroll ke post #1 banyak kali untuk confirmkan siapa yang membawa watak siapa.  usaha yang baik & menarik untuk memperkenalkan korea. tetapi apa kaitannya dengan dangau ni? sekali baca, rasa macam baca artikel/pamphlet 'visit korea'. kenapa tak gunakan ia sebagai modal untuk dangau? contohnya ceritakan tentang percutian ke tempat tersebut. akan jadi lebih menarik. ini nampak macam tangkap muat nak mencukupkan post sahaja.  post penutup tu agak mengelirukan. sebab berterima kasih kepada watak yang bernama 'Mellie'. tapi 'Mellie' tu pulak menggunakan gantinama diri 'Sipukk'. agak aneh.  rasa macam baca thread bergambar & thread mari melawat korea. entah la. satu usaha yang agak baik memandangkan group ni agak lewat mendaftar. cuba lagi tahun depan, okey

JURI 9
kelebihan – border gmbr dan frame yg kreatif dan ceria.. susunan perenggan yg kemas, gmbr gmbr yg menarik dan lengkap.. jalan penceritaan ringkas dan lengkap dan juga penggunaan font yg kemas dan comel.  Kekurangan- campuran bahasa english dan melayu menyebabkan jalan cerita sedikit kurang menarik disebabkan campuran bahasa yg ada.. sekejap bahasa rojak sekejap formal.. melayu.. dan english pulak bercampur..

JURI 10
cerita yg menarik.  penerangan watak, jelas tetapi, sedikit lari dari konsep apabila lebih byk penceritaan tntang tmpat yg di kunjungi.. kerjasama antara ahli.. adeh.. yg ni smpai last minit momod kena campur tgn.. sgt tidak bagus..sorang je nmpak bersungguh nak siapkan dangau

JURI 11
Di segi idea & kreativiti dangau ini memang lain dr yg lain krn menampilkan keluarga Korea & penggunaan bahasa English (Konglish?) selain penggunaan BM.  Thread juga menepati kehendak contest utk penampilan keluarga harmoni di samping tugasan2 lain spt rutin harian, gambar2 rumah/kereta dll yg berjaya disempurnakan dgn baik. Bagaimanapun di segi penonjolan watak dangau ini paling mengelirukan bukan saja krn ia tidak menepati konsep  permainan pondok2 tapi krn kewujudan dialog2 di dlm bracket yg kurang jelas dr POV watak manakah dialog2 itu dibuat.  Ia mungkin boleh difahami dgn lebih mudah kalau pemegang watak membuat post masing2 tapi bila post2 dibuat tanpa mengira watak, kewujudan dialog2 berkenaan membuat pembaca menjadi bertambah keliru. Di segi jalan cerita, ia agak menarik kecuali utk beberapa post terakhir yg memuatkan tempat2 menarik di Korea. Walaupun post2 itu sgt informatif tapi ia tidak relevan utk dimasukkan dlm dangau ini kecuali jika ia menceritakan ttg lawatan keluarga ini ke situ.  Walaubagaimanapun utk persembahan thread, dangau ini sgt cemerlang dgn setiap gambar2nya diedit dgn cantik & diberi sentuhan peribadi Dangau Arqisia.  Hiasan thread yg dipilih juga sesuai & tidak terlalu sarat hingga menyerabutkan pandangan mata atau mengganggu page loading.  Pujian juga diberi utk post pengenalan watak yg menggunakan gambar2 dlm fmt gif yg kreatif, sgt menarik & boleh membuatkan pembaca teruja utk mengenali watak2 ini pada post2 berikutnya.  Begitu juga dgn size gambar2 yg dipilih, banner, font, warna, border & lain2 hiasan thread kelihatan harmoni & seragam menjadikan penampilan thread ini kemas & bersih.  Ia satu persiapan thread yg mengkagumkan krn kumpulan ini mempunyai masa yg paling singkat utk menyiapkan thread berbanding 6 lagi kumpulan yg lain.  Syabas!   

JURI 12
Kisah yang banyak 'menceritakan' pasal benda lain. Ala-ala mcm tengok album gambar, baca risalah pelancongan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 01:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 23-5-2011 13:34



tahniah untuk semua peserta dangau 2011



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 01:34 PM | Show all posts
kepada semua penama di atas... boleh mula kelim kredit anda di tred ini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 01:51 PM | Show all posts
check in ....................nak kelim kredit puan momod ...

mekaseh daun keladi  

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 01:56 PM | Show all posts
yeahhaaa...tak sangkanya no 1......mesti deke bangga....

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 01:56 PM | Show all posts
Tahniah dangau semarak nur kasih............
mmg pilihan yang tepat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2011 01:56 PM | Show all posts
mcm mana nak kelim kedit??
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 01:59 PM | Show all posts
Tahniah dangau semarak nur kasih............
mmg pilihan yang tepat
hyun Post at 23-5-2011 13:56



   trimas...wpun bakal suamiku x menang tp syabas gak sbb bertanding...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 02:08 PM | Show all posts
tahniahhhh semua yg menang


boleh kelim kedit dah la kan....

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 02:11 PM | Show all posts
tahniah utk semua peserta dan pengundi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.088506 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list