CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 33056|Reply: 0

Jika Puteri Rabunas mampu menjawab 3 soalan ini, barulah Roslan terima pelawaan untuk mengahwininya

[Copy link]
Post time 17-3-2025 10:38 PM | Show all posts |Read mode

Siapa pernah melihat makhluk yang tinggal di alam ghaib? Benarkah juga, ada gadis dari alam itu yang suka merayu pemuda-pemuda kita, untuk mengahwini mereka? Khabarnya, gadis-gadis itu cantiknya bagaikan sang puteri.

Roslan Othman adalah antara orang yang pernah melihatnya. Cerita Othman kepada saya, peristiwa itu berlaku ketika dia mendaki Gunung Korbu, di Kinta, Perak, pada tahun 1980-an.

Pukul 12.30 malam, semua-kawan-kawan Roslan sudah lena di dalam khemah masing-masing yang dipasang berhampiran jeram.

Sewaktu duduk menikmati kenyamanan malam bertemankan beberapa biji pelita, Roslan terhidu bau yang sungguh harum.

Sedetik kemudian, muncul seorang gadis dari celah-celah belukar dan berjalan menghampirinya.


“Assalamualaikum,” tegur si gadis sambil melemparkan senyuman manis. Rupa parasnya cukup jelita.

Apabila ditanya namanya, gadis itu menjawab, “Nama saya Puteri Rabunas Marunas. Saya berasal dari puncak gunung ini.”      

“Apa tujuan tuan puteri datang berjumpa saya?” soal Roslan yang berusia lewat 20-an.

“Saya sukakan saudara. Kalau boleh saya mahu berkahwin dengan saudara,” jawab si gadis membuatkan Roslan terdiam.

Bodohlah kalau dia tidak mahu memperisterikan gadis secantik itu. Tapi adakah Roslan sedia menerima tawaran si tuan puteri?

Roslan kepada saya, apabila diajak oleh Puteri Rabunas untuk berkahwin, dia telah mengajukan tiga soalan. Jika sang puteri dapat menjawabnya, Roslan akan menerima pelawaannya.


Pertama, kalau ayam hanya boleh berkahwin dengan ayam, bolehkah manusia berkahwin dan beranak-pinak dengan makhluk selainnya?

Kedua, al-Quran ada menyebut manusia adalah semulia-mulia makhluk. Jadi, siapakah yang lebih mulia, manusia, jin atau syaitan?

Ketiga, apabila Roslan mati kelak, di manakah dia akan ditempatkan? Di syurga atau neraka?

Ketiga-tiga soalan itu gagal dijawab. Lantas Puteri Rabunas pun mengundur diri dan Roslan masuk ke khemahnya. Ada sesiapa di kalangan anda yang pernah mengalami peristiwa sebegini?


Sumber: Utusan TV



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.773625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list