CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8968|Reply: 4

Inteam bawa anak Suhaimi Saad ke pentas konsert

[Copy link]
Post time 17-3-2025 04:10 PM | Show all posts |Read mode



Bagi meraikan 25 tahun penubuhan, kumpulan nasyid popular, Inteam akan tampil dengan konsert istimewa di Zepp Kuala Lumpur pada 27 September depan.

Konsert istimewa itu bakal membawa anak-anak bekas anggota Inteam, Allahyarham Suhaimi Saad bersama isteri, Ina Naim.

Anggota Inteam, Hazamin berkata, mereka sedang mencari artis-artis lain yang sudi bekerjasama pada malam konsert.

"Konsert ini sempena menyambut ulang tahun ke-25 penubuhan Inteam. Cuma, kami belum umumkan secara rasmi dan sedang mengumpul bahan untuk dipersembahkan pada malam konsert.

"Kami akan menyanyikan lagu daripada album pertama hingga terbaharu. Kami memiliki lebih 100 lagu, namun bakal persembahkan antara 20 hingga 25 lagu terbaik.

"Kali terakhir kami adakan konsert sempena ulang tahun Inteam ke-20 pada 2020. Bagaimanapun, konsert diadakan dalam talian kerana pandemik COVID-19 ketika itu.

"Jadi, ini kali pertama kami mengadakan konsert berskala besar secara fizikal yang membabitkan ramai artis," katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa Inteam di ibu negara, baru-baru ini.

Sementara itu, istimewa sempena Ramadan, Hazamin buat kali pertama tampil dengan single solo.

Katanya, anggota Inteam turut merancang tampil dengan single solo dalam masa akan datang.

"Sebelum ini, setiap kali Ramadan, kami akan keluarkan lagu popular Inteam dengan rakaman terbaharu bersama artis mainstream. Selepas lima tahun strategi sama, kami mahu ubah sikit dengan penampilan solo.

"Untuk Ramadan ini, saya tampil berbeza dengan lagu solo berjudul Di Sisi Mu. Ini single solo pertama saya. Sebelum ini, kami hanya rakamkan zikir secara solo, tapi kali ini lagu penuh.

"Mungkin disebabkan trend, kami cuba ikut anggota Hijjaz seperti Munif Ahmad dan Isman yang keluarkan single solo sebagai kelainan.

"Insya-Allah mungkin anggota Inteam akan terbit lagu solo, tapi kami tidak pasti siapa dan tunggu pengumuman nanti," katanya.

Sempena Syawal ini, Inteam Records turut menghasilkan lagu raya baharu berjudul Taqabalallah Raya ciptaan Syah Inteam dan dinyanyikan oleh artis-artis Inteam Records seperti Inteam, Husaini Mahmur, Mateen dan Yusuf Kassim.

Sumber: BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mr K nak menyebok ke tak tu agak2
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dak2 inteam ni x lupa arwah. Asyik duk include arwah dr time hidup smpi dh pergi
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang tau tak album Suhaimi Saad boleh didengari dalam penerbangan domestik MAS? Meols wonder berapa royalti MAS bayo.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-3-2025 07:44 PM
Korang tau tak album Suhaimi Saad boleh didengari dalam penerbangan domestik MAS? Meols wonder berap ...

Pernah juga dgr lagu arwah ms naik Mas ke madinah utk tunaikan umrah tahun 2017 dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.082685 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list