CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4566|Reply: 0

Wanita lebih rendah guna AI, ChatGPT berbanding lelaki, bimbang digelar menipu

[Copy link]
Post time 11-3-2025 09:01 PM | Show all posts |Read mode

SETIAP tahun sejak 1977, 8 Mac telah diperuntukkan untuk memperingati hak-hak wanita.

Dengan kemajuan teknologi, kecerdasan buatan (AI) berpotensi menjadi alat penting dalam memperkasa wanita dalam dunia perniagaan.

Namun begitu, untuk mencapai potensi sepenuhnya, golongan tersebut perlu bersedia menguasai teknologi berkenaan.

AI kini boleh membantu dalam banyak aspek kerja, seperti mencari data, menghasilkan pembentangan atau bahkan menulis mesej rasmi kepada rakan sekerja.

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Odoxa melibatkan seramai 2,000 peserta pada Februari lalu,  pengguna dapat menjimatkan masa sehingga 57 minit sehari secara purata dengan menggunakan AI.

Namun persoalannya, adakah AI memberikan manfaat yang sama kepada wanita seperti lelaki?

Satu kajian dijalankan oleh penyelidik dari Harvard dan Berkeley menyoroti ketidaksamaan jantina yang ketara dalam penggunaan teknologi berkenaan.


Berdasarkan analisis 18 kajian melibatkan lebih 140,000 pelajar dan profesional dari pelbagai negara dan sektor, penyelidik mendapati bahawa penggunaan AI oleh wanita adalah antara 10 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding lelaki.

Selain itu, penyelidikan terhadap pengguna ChatGPT antara November 2022 hingga Mei 2024 mendapati bahawa wanita hanya mewakili 42 peratus daripada pengguna bulanan platform tersebut.

Kadar itu jatuh lebih rendah kepada 27 peratus apabila melibatkan muat turun aplikasi di telefon pintar.

Di Kenya, kajian yang melibatkan 17,000 usahawan wanita dan lelaki mendapati bahawa walaupun akses kepada AI semakin mudah, wanita masih 13 peratus kurang cenderung untuk menggunakannya.

Takut

Keengganan wanita untuk menggunakan AI mungkin berpunca daripada kebimbangan etika dan ketakutan terhadap penilaian negatif di tempat kerja.

Ramai wanita bimbang penggunaan AI akan dianggap sebagai satu bentuk penipuan, terutamanya apabila mereka sudah menghadapi penilaian yang lebih ketat terhadap kemahiran di tempat kerja.

Namun, satu kajian menarik oleh Boston Consulting Group dalam kalangan pekerja teknologi di San Francisco menunjukkan lebih ramai wanita menggunakan AI berbanding rakan lelaki mereka.

Pengecualian itu menunjukkan pendedahan berterusan kepada teknologi baharu mungkin boleh mengurangkan jurang jantina dalam penggunaan AI.

Perbezaan dalam penggunaan AI boleh memberi impak yang besar terhadap kemajuan kerjaya wanita.

Penggunaan AI yang rendah berisiko menjejaskan produktiviti dan mengurangkan peluang untuk autonomi di tempat kerja, sekali gus melambatkan perkembangan kerjaya mereka.

Dari segi ekonomi, hal tersebut juga menghalang peluang untuk pertumbuhan dan inovasi.

Peranan organisasi

Syarikat memainkan peranan penting dalam mengurangkan jurang jantina tersebut. Mereka perlu memastikan akses yang adil kepada alat AI dan menggalakkan penggunaannya melalui latihan yang sesuai.

Budaya di tempat kerja yang menghargai penggunaan AI tanpa stigma negatif akan membantu menghapuskan halangan yang ada.

Organisasi yang berjaya mengurangkan jurang jantina dalam penggunaan AI adalah mereka yang menekankan kepentingan alat-alat tersebut dan menggalakkan semua pekerja untuk mencubanya tanpa rasa takut dihukum.

Penerapan AI lebih adil boleh membantu mencipta pasaran pekerjaan lebih inklusif dan saksama. — The Star/CAROLINE DRZEWINSKI


Sumber: Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 21338 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 83640 Replies : 390
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 1212 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1919 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1920 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 3031 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 3537 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 07:38 AM GMT+8 , Processed in 1.028054 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list