CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9380|Reply: 0

Produk Naturmeric jalani kajian intensif di UPM

[Copy link]
Post time 10-3-2025 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Ahmad Radhi (empat dari kiri) dan Intan Safinar (tiga dari kiri) dalam satu majlis yang diadakan di UPM, Serdang baru-baru ini.

SERDANG – Tidak banyak syarikat tempatan khususnya daripada kelas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang begitu serius terhadap aspek kajian dan pembangunan (R&D) bagi memastikan produk yang ditawarkan di pasaran benar-benar berkualiti dan selamat digunakan oleh pelanggan.

Salah sebuah syarikat yang menyedari manfaat tersebut, Naturmeric telah mengorak langkah berani untuk membawa sumber bahan mentah produk keluarannya ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menjalani kajian dan pembangunan (R&D) secara komprehensif.

Pengarah Eksekutif Kumpulan, Ahmad Radhi Zakaria memi­lih kunyit hitam (curcuma caesia) sebagai bahan mentah untuk dikaji bagi menghasilkan produk berasaskan herba ekoran keberkesanan bahan tersebut yang membantu meningkatkan tahap kesihatan dirinya sebelum ini.

Mahu berkongsi pengalaman, rahsia dan rezeki bersama masyarakat termasuk usahawan di pasaran untuk jangka masa panjang, beliau berkeyakinan bahawa ini adalah langkah tepat bagi syarikat untuk memberi nilai tambah kepada produk yang bakal diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi selepas selesainya kajian berkenaan.

Meskipun ia melibatkan sejumlah kos pelaburan yang besar tapi demi untuk merealisasikan misi tersebut, Ahmad Radhi tidak menoleh kebelakang lagi, malah lebih bersemangat untuk melihat hasilnya nanti.


“Proses R&D tersebut telah dijalankan di Institut Biosains di universiti berkenaan bertujuan untuk memastikan produk Naturmeric dikaji secara menyeluruh bertujuan untuk meningkatkan keya­kinan pelanggan terhadap produk tersebut.

“Sehingga kini, produk Naturmeric masih melalui kajian intensif bagi memastikan keberkesa­nan dan keselamatannya,” katanya pada satu sidang akhbar yang diadakan di institut tersebut di UPM baru-baru ini.

Proses kajian berkenaan telah dike­tuai oleh Prof. ChM. Dr. Intan Safinar Ismail.

Tambah beliau, proses penyelidikan tersebut akan berterusan sehingga ke peringkat kajian klinikal, yang mana ujian akan dilakukan ke atas manusia untuk mengkaji tindak balas tubuh terhadap manfaat kunyit hitam.

Ahmad Radhi menjelaskan, untuk menghasilkan produk bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia mengambil kira aspek keselamatan dan ketulenan agar tiada isu yang tidak diingini berlaku di masa hadapan.

Sementara itu, Intan Safinar yang berpengalaman dalam bidang berkenaan dan telah mengetuai lebih daripada 10 projek penyelidikan mengenai ­kunyit hitam sepanjang kerja­yanya dalam bidang akademik berkata, melaksanakan kajian daripada satu-satu jenis herba bukanlah semudah keringkan daun dan masukkan ke dalam uncang teh dan dijual.


“Kami sedang mengorak langkah sehingga mencapai hasil kepada penyelidikan klinikal yang mana peringkat pertama kami akan melalui proses in vitro di mana sela tau enzim diasingkan daripada badan dan melihat da­ripada satu organisma.

“Kemudian langkah kedua adalah praklinikal ke atas Zebra Fish, sejenis ikan yang mempunyai genetic ‘make up’ 70 peratus seperti manusia dan sehingga ke peringkat seterusnya.

“Kami percaya tanpa bukti saintifik, produk tidak boleh ke depan.

“Ia harus bermula dengan ke­tulenan kerana ia sangat pen­ting dalam penghasilan produk.

“Maklumat yang salah adalah satu jenayah bagi saya. Pengusaha produk perlu mementingkan medicine security kerana keselamatan pengguna sangat penting.

“Saya sendiri tidak percaya kepada testimoni. Kami menjalankan kajian dari 2021 sehingga 2023 hanya untuk memeriksa ketulenan kunyit hitam,” jelasnya yang kini menyertai Naturmeric sebagai Pengarah Penyelidikan.

Dalam pada itu, Ahmad Radhi menjelaskan, selain daripada memastikan kajian berjalan lancar, cabaran lain yang dihadapi nya adalah untuk mendapatkan bekalan kunyit hitam kerana herba ini berasal dari Madhya Pradesh, India dan ia sukar diperoleh.


“Sebagai langkah strategik, syarikat sedang mengusahakan ladang penanaman kunyit hitam seluas 40 hektar di Johor Bahru.

“Dengan ini, kami dapat memastikan bekalan herba ini sentiasa mencukupi tanpa perlu bergantung kepada bekalan import,” ujarnya yang juga turut mengendalikan sebuah agensi berkaitan insurans sejak sembilan tahun lalu.

Ahmad Radhi mengakui bahawa membina kepercayaan dalam industri kesihatan adalah satu cabaran besar, meman­dangkan Naturmeric masih baharu di pasaran tetapi pihaknya ya­kin produk yang berkualiti pasti akan mendapat tempat di hati pengguna.

“Produk Naturmeric yang sedang kami bangunkan ini telah disahkan 100 peratus mengan­dungi kunyit hitam tulen oleh UPM.

“Kami berharap kajian ini berjalan lancar supaya kami dapat membantu lebih ramai orang meningkatkan kesihatan secara semula jadi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.039408 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list