CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 31245|Reply: 0

Keluarga paksa beli Honda, lelaki sengkek nak bayar setiap bulan

[Copy link]
Post time 19-2-2025 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Ramai yang sanggup berhabis wang untuk bergaya demi menarik perhatian orang lain atau memuaskan nafsu sendiri.

Begitu juga kisah individu ini yang membeli kereta import gara-gara terlalu mengikut kata keluarga, tapi akhirnya diri sendiri yang merana.

"Saya betul-betul menyesal beli kereta jenama H masa baru-baru mula kerja. Saya sebenarnya nak beli Bezza tapi keluarga saya cakap tak kanlah engineer pakai kereta local.




"Gaji pula RM3,500. Bulan-bulan baru bayar RM1,000," tulisnya dalam  satu perkongsian di laman sosial.

Tidak mendedahkan identiti diri, individu itu berkata dia bagaimanapun 'termakan' kata-kata keluarga kerana dalam masa yang sama tidak bijak membuat perancangan kewangan.

"Saya ingat masih ada banyak balance untuk komitmen lain. Tapi selepas dah start bayar, baru saya rasa sakit.

"Servis, roadtax, tayar botak... semua ni atas bahu saya!" luahnya lagi dengan nada penuh sesalan.

Keliru dan buntu dengan tindakan yang wajar dilakukan, individu berkenaan meminta pandangan warga maya untuk mencari penyelesaian kepada situasi yang dihadapinya.

"Patutkah saya downgrade atau jual saja kereta tu? Kalau saya pilih untuk terus guna, macam mana caranya nak urus kewangan dengan lebih baik?

"Untuk makluman, gaji saya statik. Saya ingat akan naik tahun ni, rupanya tak," tulisnya lagi.

Sementara itu, ruangan komen 'meriah' dengan reaksi warga maya namun rata-rata menyarankan supaya individu berkenaan menggunakan kenderaan yang lebih 'mesra poket'.

"Suami saya pun yang Head of Department (Engineering) pakai Triton je. Kereta ni hanya untuk bawa dari destinasi A ke B. Jadi tak payah kereta mahal-mahal dan pakai je kereta biasa-biasa.

"Gaji RM5,000 pun tak cukup dan tak berani nak pakai H dik. Macam mana gaji RM3,000 baleh berani ambil loan H. Jangan ikut orang sebab diri sendiri yang kena bayar.

"Kena belajar cakap 'no' walaupun dekat orang yang kita sayang," antara komen netizen.

Namun ada juga yang menyarankan supaya individu berkenaan bijak mencari sumber pendapatan sampingan selari dengan komitmen yang ditanggungnya.

"Cari side income. Sekarang banyak cara nak dapat income. Tak perlu keluar rumah. Aku bayar duit kereta guna side income je, gaji guna untuk benda lain.

"Buat side income ataupun tukar lifestyle," komen netizen lain pula.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.913392 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list