CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17914|Reply: 0

Taufan Zelia dijangka mengganas di kawasan Australia Barat

[Copy link]
Post time 14-2-2025 07:57 AM | Show all posts |Read mode

Taufan itu dijangka melanda berhampiran Port Hedland, 17 jam pemanduan dari Perth, sebelum ke pedalaman di kawasan perlombongan dan lembu terpencil. - Foto AGENSI

SYDNEY: Kekuatan Taufan Zelia diramal bertambah 'ganas' sebaik tiba di luar pantai barat Australia hari ini, apabila taufan tropika itu berupaya mencetuskan angin kuat dan memaksa penutupan sebuah hab penghantaran bijih besi global.

Menurut ramalan cuaca kerajaan, kekuatan Taufan Zelia dijangka memasuki sistem kategori lima iatu skala paling kuat, sebelum tiba di kawasan itu esok.

Port Hedland, antara pelabuhan memuatkan bijih besi terbesar di dunia terpaksa mengosongkan kapal dan menutup operasinya sebagai persediaan.

Pakar kaji cuaca dari Biro Meteorologi, Dean Narramore, berkata taufan berkenaan akan terus membesar dengan cepat hari ini dan kemudiannya bergerak menuju ke kawasan pantai.

Jelasnya taufan itu membawa angin yang boleh merosak dan memusnahkan, jauh lebih kuat dari 160 kilometer sejam (km/j).

Tambah beliau sistem kategori lima adalah amat berbahaya dan boleh mengakibatkan kemusnahan bangunan besar-besaran.

"Itu sebabnya kami sangat bimbang tentang penduduk di sepanjang pantai Pilbara ini. Ia (Taufan Zelia adalah sistem yang sangat kuat dan berbahaya,"
katanya.
Difahamkan, taufan itu dijangka tiba berhampiran Port Hedland dalam tempoh 17 jam perjalanan ke utara Perth, sebelum bergerak ke pedalaman merentasi kawasan perlombongan dan penternakan yang jarang dihuni.

Sementara itu, Perkhidmatan Kecemasan Australia Barat menggesa penduduk untuk mengikat trampolin dan menutup tingkap berikutan bimbang taufan berkenaan boleh mengundang ancaman terhadap nyawa serta kediaman mereka.

Kawasan pantai barat laut Australia Barat adalah kawasan yang paling kerap dilanda taufan di Australia. Ia juga mempunyai kekerapan taufan yang tertinggi di hemisfera selatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040101 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list