CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 14715|Reply: 0

Piala Dunia 2034 tiada arak – Arab Saudi

[Copy link]
Post time 13-2-2025 05:10 PM | Show all posts |Read mode

Penyokong Arab Saudi menyaksikan perlawanan bola sepak kelayakan Asia Piala Dunia 2026 antara Australia dan negara itu di Melbourne pada 14 November 2024. - AFP


LONDON – Riyadh mengharamkan pengambilan minuman keras semasa temasya Piala Dunia 2034 yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.Duta Arab Saudi ke United Kingdom, Putera Khalid bin Bandar Al Saud berkata, alkohol tidak akan dijual termasuk di hotel penginapan.“Buat masa ini, kami tidak akan membenarkan (pengambilan) alkohol.

“Banyak keseronokan yang anda boleh lakukan tanpa alkohol, ia sama sekali tidak diperlukan.

“Jika anda mahu minum (arak) selepas keluar (dari Arab Saudi), anda dialu-alukan,” katanya.

Ditanya sama ada peminat boleh minum minuman keras sebaik sahaja mereka pulang ke bilik hotel seperti yang berlaku pada Piala Dunia 2022 di Qatar, Khalid menambah: “Tidak, tiada alkohol sama sekali.”


Mereka yang melanggar peraturan itu berdepan  hukuman penjara, denda yang tinggi, sebatan awam dan pengusiran, demikian menurut akhbar Daily Star. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:01 AM GMT+8 , Processed in 2.278771 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list