CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14702|Reply: 0

Trump diminta jual negeri California, harga lebih RM4 trilion

[Copy link]
Post time 13-2-2025 05:06 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail taman tema Disneyland di Anaheim, California. - Foto AFP

COPENHAGEN –  Aktivis-aktivis Denmark melancarkan petisyen untuk membeli negeri California pada harga AS$1 trillion (RM4.47 trilion), lapor laman berita metro.co.uk semalam.

Ia dilancarkan susulan rancangan Presiden Donald Trump yang mahu Denmark menyerahkan wilayah miliknya,  Greenland kepada Amerika Syarikat (AS).

Kempen itu bertujuan mengumpul dana untuk membeli negeri AS itu dan menjadikannya sebahagian daripada jajahan Denmark.

Setelah membelinya, Copenhagen dilaporkan akan mengembangkan budaya Denmark di California dan menamakan semula taman tema Disneyland di negeri itu kepada ‘Hans Christen Andersonland’.

Setakat ini, kempen satira itu memperoleh lebih 200,000 tandatangan. Slogan kempen tersebut ialah ‘Jadikan California hebat semula’.

“Jom beli California daripada Donald Trump,” kata laman web kempen itu. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.057659 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list