CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 14475|Reply: 0

Polis buru seekor emu kerana didakwa laku jenayah

[Copy link]
Post time 13-2-2025 05:04 PM | Show all posts |Read mode

POLIS mengeluarkan poster bagi mencari seekor burung emu. - Foto Polis Batesville/Facebook


WASHINGTON – Polis meminta orang ramai membantu memburu ‘suspek’ luar biasa  berupa seekor emu, lapor portal berita United Press International (UPI) semalam.

Polis berkata, emu  itu kali terakhir dilihat di Lebuh Raya 6, berhampiran sebuah kedai koperasi  dan pengedar kenderaan Hyundai di bandar Batesville, Mississippi baru-baru ini.

Pihak berkuasa itu mengeluarkan poster suspek yang dikenali sebagai  ‘Emu the Great’.

Burung asal Australia itu dikehendaki kerana melarikan diri daripada ‘jenayah’ dan berkelakuan mengganggu ketenteraman, demikian menurut keterangan  poster tersebut.

“Sila berhati-hati jika anda bertemu dengan ‘suspek ini’.

“Emu ini  akan ‘menyerang’ sesiapa sahaja yang menghalang kebebasannya,” demikian menurut amaran polis pada poster tersebut.


Polis turut meminta  sesiapa yang melihat emu itu supaya tidak membunyikan hon kereta mereka.

“Jika anda melihatnya, sila maklumkan kepada kami. Kami akan berhubung dengan pemiliknya,” kata polis. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 06:39 AM GMT+8 , Processed in 1.944773 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list