CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13298|Reply: 0

Rumah Putih tuduh hakim salah guna kuasa untuk sekat Trump

[Copy link]
Post time 13-2-2025 04:46 PM | Show all posts |Read mode

Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt mengadakan taklimat akhbar di Rumah Putih di Washington, D.C., A.S., pada 12 Februari 2025. FOTO REUTERS/Foto Fail

Washington: Rumah Putih pada Rabu menudh para hakim menyalahgunakan kuasa mereka bagi menghalang kuasa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata sekurang-kurangnya 12 perintah injunksi terhadap arahan eksekutif Trump dikeluarkan dalam beberapa minggu pertama beliau memegang jawatan.

"Rumah Putih berpendapat para hakim bertindak sebagai aktivis kehakiman dan bukannya sebagai penimbang tara undang-undang yang jujur.

"Krisis perlembagaan sebenar sedang berlaku dalam badan kehakiman kita, ketika hakim-hakim mahkamah daerah di kawasan liberal di seluruh negara menyalahgunakan kuasa mereka untuk menyekat kuasa eksekutif Presiden Trump secara unilateral," katanya.

Leavitt berkata seramai 77 juta rakyat Amerika mengundi untuk memilih Trump, dan setiap injunksi yang dikeluarkan "adalah penyalahgunaan kedaulatan undang-undang serta cubaan menggagalkan kehendak rakyat."

Disiarkan pada: Februari 13, 2025 sumber: hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:02 AM GMT+8 , Processed in 1.462225 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list