CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13309|Reply: 0

Sut terbang dijual RM133.63 juta

[Copy link]
Post time 13-2-2025 04:43 PM | Show all posts |Read mode


London: Pereka sut terbang United Kingdom (UK) mendakwa, ciptaannya sedia dibeli pasukan khas tentera dengan nilai 24 juta Pound Sterling (RM133.63 juta).

Dua pasukan tentera yang bersekutu dengan UK akan menandatangani kontrak dengan syarikatnya Gravity Industries yang dibangunkan lapan tahun lalu.

Sut terbang Richard Browning boleh membawa pemakainya lebih 600 meter di udara pada kelajuan sehingga 137 kilometer sejam.

Ia memegang rekod kelajuan dunia semasa untuk pek penerbangan dan menambah baik pada teknologi sebelumnya dengan enam turbin gas mikro dipasang pada lengan membolehkan kawalan pergerakan lebih luas.

Browning berkata, beliau menawarkan 'pengalaman' penerbangan 6,600 Pound Sterling (RM36,748.27) kepada orang ramai atau sut terbang buatan sendiri mereka dengan harga 456,000 Pound Sterling (RM2.5 juta).

Katanya, sutnya kini sangat diminati digunakan komando untuk menaiki kapal.

"Kami melakukan sesuatu yang kelihatan seperti ia sepatutnya dalam filem Marvel dan ia hebat, tetapi sebenarnya ia perniagaan antarabangsa serius yang memacu eksport.

"Kami sedang dalam proses menandatangani beberapa perjanjian dengan dua sekutu barat, khususnya untuk mobiliti marin, membolehkan pasukan khas mendapatkan sasaran maritim dengan pantas," katanya kepada The Sunday Times.

Browning berkata, beliau juga mempunyai rancangan untuk melancarkan badan amal untuk membantu penyelamat gunung dan perkhidmatan kecemasan lain.

Katanya, satu siri demonstrasi termasuk mendaki gunung di Transylvania dalam dua minit berbanding dua jam setengah apabila dengan berjalan kaki.

"Syarikat kami juga berjaya melatih paramedik untuk 'terbang dengan baik', menunjukkan teknologi itu boleh menjadi sebahagian daripada proses tindak balas 999," katanya.


Disiarkan pada: Februari 13, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 07:51 PM GMT+8 , Processed in 2.451757 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list