CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11998|Reply: 0

Hukuman penjara 30 tahun terhadap penyanyi R Kelly, kekal

[Copy link]
Post time 13-2-2025 11:43 AM | Show all posts |Read mode

FOTO FAIL. R Kelly. FOTO AFP

New York: Mahkamah Rayuan pada hari Rabu mengekalkan sabitan kes pemerdagangan seks dan hukuman penjara 30 tahun terhadap bekas bintang R&B, R. Kelly yang terkenal dengan lagu hit 'I believe i can fly'

Mahkamah Rayuan di Manhattan menolak dakwaan Kelly bahawa Pendakwa Persekutuan gagal membuktikan bahawa dia mengetuai skim pemerasan dengan merekrut gadis bawah umur untuk tujuan seks sebelum melakukan penderaan terhadap beberapa mangsa.

Hakim Mahkamah Rayuan Denny Chin berkata pendakwa raya telah mengemukakan bukti meluas yang menunjukkan bagaimana Kelly memerangkap gadis dan wanita muda dalam kawalannya, berusaha mengawal hidup mereka, dan memastikan mereka patuh terhadap kehendak peribadi dan seksualnya melalui penderaan lisan dan fizikal, ancaman pemerasan, serta penghinaan.

Mahkamah juga menolak beberapa hujah lain yang dikemukakan oleh Kelly, termasuk dakwaannya bahawa empat orang juri bersikap berat sebelah terhadapnya serta dakwaan bahawa beberapa bukti tidak sepatutnya diterima dalam perbicaraan.

Peguam Kelly tidak segera memberikan sebarang komen, begitu juga dengan pejabat Peguam A.S. di Brooklyn, yang turut tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan komen yang serupa.

Kelly, 58 tahun, merayu terhadap sabitan September 2021 oleh juri di Brooklyn, New York, atas sembilan pertuduhan, termasuk pemerasan dan lapan kesalahan melanggar Akta Mann, yang melarang membawa orang merentasi sempadan negeri untuk tujuan pelacuran.

Dia terkenal sebagai penyanyi dengan lagu hit "I Believe I Can Fly" yang memenangi Anugerah Grammy pada tahun 1996. Nama penuhnya ialah Robert Sylvester Kelly.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.130693 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list