CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19148|Reply: 0

Kastam Korea Selatan kesan dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis

[Copy link]
Post time 13-2-2025 07:06 AM | Show all posts |Read mode


Seoul: Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut Perkhidmatan Kastam Korea, sebatian yang dikenal pasti sebagai 4-Benzyloxy-3,5-dimethoxyphenethylamine itu mempunyai persamaan dengan meskalina.

Analisis struktur kimia mengesahkan bahawa ia merupakan dadah sintetik baharu yang kali pertama dilaporkan di peringkat global.

Pihak berkuasa menemukan sebatian berkenaan dalam bentuk serbuk semasa pemeriksaan rutin.

Meskalina bersifat mengkhayalkan yang diekstrak daripada kaktus peyote di Mexico serta kaktus San Pedro yang berasal dari Peru dan Ecuador. Ia menghasilkan kesan halusinasi serupa dengan LSD dan 'magic mushroom'.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:02 AM GMT+8 , Processed in 1.681684 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list