View: 7504|Reply: 8
|
Operasi Besar-besaran Tangkap Lembu Mulai Mei Ini
[Copy link]
|
|
Operasi secara besar-besaran akan dilakukan bagi menangkap lembu ternakan yang dibiarkan berkeliaran di Selangor bermula Mei ini.
Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Izham Hashim berkata, kajian mendapati sebanyak 4,000 daripada 39,941 ekor lembuj dan kerbau didapati berkeliaran di semua daerah di negeri ini.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202502/06/165347heg5508pr8e85php.jpg) Gambar hiasan
Katanya, isu ini mengancam nyawa dengan sebanyak 251 kes kemalangan direkodkan melibatkan lembu termasuk dua mangsa maut dan enam lagi parah di negeri ini pada tahun lalu.
“Justeru, kita tidak akan berkompromi dan akan mula melaksanakan operasi berskala besar secara bersepadu pada Mei nanti.
“Kita memahami keadaan penternak haiwan itu namun mereka perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah lembu berkeliaran ini, ” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.
Jelas Izham, sebagai contoh, penternak yang tiada kawasan tanah boleh membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).
“Selain itu, mereka boleh menyewa tanah dengan pihak swasta untuk menempatkan lembu. Itu adalah tanggungjawab mereka dan bukannya kerajaan negeri,” jelasnya.
Menurut Izham, pihaknya turut bersetuju dengan cadangan meminda Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 termasuk kaedah pelesenan lembu kerbau supaya dapat mengenalpasti pemilik lembu kerbau dengan menggunakan ‘tagging’ atau tanda pengenalan pada setiap lembu dan kerbau.
Namun, kata Izham, tindakan jangka pendek bagi menyelesaikan isu itu antaranya meneruskan operasi penguatkuasaan ke atas pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab.
Sumber– KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
baru aritu lalu jalan dalam, kawasan Sepang Vocational College banyak lembu dengan kerbau berkeliaran...ermmmm malam2 tu macam manalah |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bulan Mei?
Serta merta takleh.
Aku percaya pada waktu tu (bulan Mei), semua lembu behave belaka duduk diam dalam ladang orang. Termasuk tuan lembu sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 6-2-2025 06:06 PM
Kenapa bulan Mei?
Serta merta takleh.
Mungkin itu yang dikehendaki. By then masalah dah selesai, kurang sikit kerja. Lagi pun benda melibatkan gomen ni jarang yang boleh serta merta.
|
|
|
|
|
|
|
|
"tangkap itu limbu..kasi susah worang saja...kita rohingya pon tada ini macam kasi susah worang"-rohingya. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 6-2-2025 06:06 PM
Kenapa bulan Mei?
Serta merta takleh.
Time tu kan dah nak dekat raya haji. Boleh la sembelih lembu2 tu buat korban. Dapat jugak daging korban yg byk utk diagihkan dari biarknanusia yg terkorban.![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tangkap tu..lembu2 tu ditahan kat mana, atau terus dijual lelong ??, sape pulak nak jaga bg mkn lembu2 beribu ekor tu nnti.
Ter concern plak..hahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap la.. sembelih dan masak, kemudian agih dekat orang2 susah |
|
|
|
|
|
|
|
“Kita memahami keadaan penternak haiwan itu namun mereka perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah lembu berkeliaran ini,"
Apa masalah penternak lembu? Kalau takde space jgn ternak. Kalau Ade space make sure pagar buat leklok jgn lepaskan utk lembu cari mkn sendiri.
Bln Mei tangkap pastu sembelih jela bagi pihak penternak yg tak layak ituh, pastu agih2 kan. Bio padan muka penternak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|