Berpantang maut sebelum ajal. Demikian nasib seorang pekerja kontrak warga Indonesia apabila berjaya diselamatkan selepas tertimbus tanah ketika melakukan kerja menggali tangki kumbahan sebuah kedai makan di Kampung Tanah Lot Pantai, dekat sini, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi, mangsa Nurpatah, 49, berasal dari Braja Sakti Indonesia berjaya dikeluarkan anggota bomba kira-kira jam 1.30 tengahari.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202502/06/165122dmimwtdm9coirmdm.jpg) Anggota bomba dan penyelamat Dungun sedang berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan lubang kumbahan yang digali.
Ketua Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba,Sharizal Shamsudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 pagi.
Beliau berkata, berikutan itu sepasukan sembilan anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Berdasarkan maklumat, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang melakukan kerja menggali lubang tangki kumbahan di situ sedalam kira-kira dua meter.
"Ketika melakukan kerja terbabit, secara tiba-tiba tanah di situ runtuh dan menimbus mangsa," katanya.
Beliau berkata Katanya, rakan mangsa kemudiannya meminta bantuan daripada orang ramai sebelum meminta bantuan bomba.
" ihak kami menggunakan tali, skop serta bantuan jentera pengorek sebelum berjaya menyelamatkan mangsa.
"Mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serta mangsa tidak mahu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan," katanya
Sumber- BH Online |