View: 14306|Reply: 5
|
Pegawai Koperasi Dicekik Sampai Mati Ketika Kutip Hutang
[Copy link]
|
|
Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam almari di sebuah rumah pada Isnin, dipercayai dibunuh oleh pemilik rumah.
Gambar hiasan
Kejadian berlaku Cibarusah, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat di Indonesia.
Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Kombes Pol Ade Ary Syam Indradi pada Rabu memberitahu, mayat mangsa dalam keadaan berbalut dengan kain cadar, diletakkan di dalam almari.
Menurutnya, mangsa yang merupakan pegawai koperasi pada mulanya datang ke rumah untuk mengutip hutang pinjaman yang tertunggak.
"Suspek ketika itu mencekik mangsa hingga mati. Mayat mangsa kemudian disembunyikan di dalam almari," katanya.
Beliau menambah, mangsa ditemukan ketika saksi mencarinya kerana tidak pulang ke rumah.
"Saksi mencari mangsa kerana tidak ke rumah. Apabila mangsa sudah meninggal dunia, kemudian suspek melarikan diri," katanya.
Suspek kini sudah ditahan polis dan kes tersebut dalam siasatan.
Sumber- mStar |
|
|
|
|
|
|
|
aneh2 giler eh kes kat sana. nauzubillah. hope org msia x tiru! |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg orang yg memberi hutang mcm pengemis je mintak org bayar balik
Kesimpulannya.. jangan le kasi org berhutang..
Betul la mak aku ckp.. kalo nak bg duit tu, bg amount yg kita anggap kita kasi sedekah je... |
|
|
|
|
|
|
|
ada membe pnah keje TEKUn minta utang , dia tunjuk pistol kt pinggang, trauma dia, dhla pmpn.
esok terus letak jabatan.
patut report je polis, masalah betul |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Gokuuu at 6-2-2025 09:20 PM
Semoga kita smua dlm jagaan Ilahi |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 6-2-2025 08:34 AM
ada membe pnah keje TEKUn minta utang , dia tunjuk pistol kt pinggang, trauma dia, dhla pmpn.
esok t ...
Entah2 pistol mainan.
Nak acah2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|