CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1573|Reply: 0

[Sarawak] MASwings satu lagi aset strategik untuk Sarawak

[Copy link]
Post time 28-1-2025 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Pengambilalihan MASwings akan direalisasi pada tarikh selepas Tahun Baharu Cina, sebelum Hari Raya Puasa



KUCHING: MASwings yang akan diambil alih daripada Malaysian Aviation Group (MAG) dalam tempoh terdekat ini merupakan satu lagi aset strategik untuk Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata pengambilalihan MASwings, bagi merealisasikan cita-cita Sarawak memiliki syarikat penerbangan sendiri akan direalisasikan pada tarikh selepas Tahun Baharu Cina dan sebelum Hari Raya Puasa.

Beliau mendedahkan proses penilaian telah selesai dan proses pemeteraian perjanjian untuk pengambilalihan akan dilakukan.

"Dengan model perniagaan yang sesuai dengan tujuan kita dan pembinaan lapangan terbang antarabangsa ultra-moden baharu di Kuching, saya yakin kita boleh membangunkan syarikat penerbangan baharu itu sebagai syarikat penerbangan serantau yang berdaya saing dan Kuching sebagai hab penerbangan baharu," katanya dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025 yang dijadual disambut pada 29 dan 30 Januari ini.

Abang Johari berkata Sarawak memulakan tahun 2025 dengan sangat baik apabila penghantaran pertama produk methanol menggunakan kapal dari Bintulu ke China dirasmikan pada 14 Januari lalu.

Menurutnya penghantaran itu dapat dilakukan selepas Sarawak Petchem, sebuah syarikat petro kimia milik penuh entiti Sarawak, berjaya membangunkan loji metanol di Tanjung Kidurong, Bintulu.

Kejayaan itu juga katanya melambangkan keazaman Sarawak untuk membangunkan hiliran sumber gas aslinya.

“Ini adalah langkah pertama dalam perjalanan kita ke arah penggunaan lebih banyak gas sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk lain serta menjana kuasa bagi merancakkan ekonomi kita,” katanya.

Selain itu katanya, setiap kali kapal kargo gas asli cecair (LNG) meninggalkan Bintulu untuk ke negara lain tanpa proses seterusnya dalam negara, Sarawak hilang beberapa peluang untuk mendapatkan manfaat daripada pembangunan rantaian nilai sektor hiliran gasnya.

Justeru, beliau menegaskan Sarawak bukan sahaja mahu gasnya dieksport tetapi digunakan sebagai bahan mentah untuk aktiviti hiliran selanjutnya.

"Pembangunan industri gas domestik kita akan menyediakan pekerjaan bergaji tinggi dan menjana ekonomi tempatan.

“Dengan pendekatan ini, saya yakin sumber gas kita boleh menjadi industry hiliran utama bagi mengubah ekonomi kita dalam tempoh lima tahun akan datang dan seterusnya dengan matlamat utama untuk meningkatkan pendapatan isi rumah Sarawak agar setanding, jika tidak melepasi purata nasional," katanya.

Abang Johari berkata pada 14 Januari lalu, beliau telah menyempurmakan majlis pecah tanah untuk sebuah lagi loji menghasilkan methanol hijau, yang terletak bersebelahan dengan loji methanol pertama di Tanjung Kidurong.

Menurutnya, ini membuktikan kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menunaikan janji untuk memastikan Sarawak dapat menikmati lebih banyak faedah daripada gasnya dan bukan hanya dieksport ke luar negara.

“Dengan siapnya loji pertama ini, ia membuktikan kita mampu melakukannya seperti syarikat besar lain. Dalam konteks ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana bersetuju dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai agregator gas tunggal (di Negeri ini).

"Dalam menggunakan gas untuk penjanaan kuasa, pembangunan loji kuasa turbin gas kitaran gabungan RM2 bilion 500MW di Miri oleh PETROS menunjukkan lagi keazaman Sarawak menggunakan gas yang ada bagi menjana kuasa untuk kegunaan industri dan dieksport ke kawasan jiran," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa industri gas Sarawak tidak terhad kepada utara Sarawak sahaja kerana Pelan Hala Tuju Gas Sarawak telah meletakkan rancangan menyeluruh untuk menyalurkan gas asli ke terminal gas di cadangan pelabuhan laut dalam baharu di Tanjung Embang di Kuching.

“Walaupun gas kita telah dieksport ke negara lain sejak 40 tahun lalu, masih belum terlambat untuk kita menggunakan lebih banyak gas bagi membangunkan industri gas domestik kita sendiri supaya Sarawak mendapat lebih banyak manfaat daripada produk nilai tambah serta perkhidmatan," tambahnya.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.045162 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list