CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3376|Reply: 0

[Sarawak] Kampung Santubong dipilih sebagai projek perintis laksana usaha perangi kanser serviks

[Copy link]
Post time 28-1-2025 01:22 PM | Show all posts |Read mode


Nancy bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan  pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan Tahun 2025 di Kuching hari ini. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Kampung Santubong dipilih sebagai projek perintis bagi melaksanakan usaha memerangi kanser pangkal rahim atau serviks dalam kalangan wanita di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, kampung itu dipilih kerana kawasannya yang kecil, memudahkan pelaksanaan ujian saringan virus papiloma manusia (HPV) DNA.

“Kampung Santubong digunakan sebagai lokasi untuk menilai keberkesanan projek ini.

“Daripada 790 wanita berusia 30 hingga 65 tahun di kawasan tersebut, seramai 132 orang telah menjalani ujian saringan HPV,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan Tahun 2025 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Nancy menggesa lebih ramai wanita tampil menjalani ujian HPV DNA kerana kanser serviks merupakan satu-satunya jenis kanser yang boleh dicegah dan dirawat jika dikesan lebih awal.

“Bekas pesakit kanser serviks adalah bukti bahawa penyakit ini boleh dicegah dan dirawat, asalkan dikesan pada peringkat awal,” katanya.

Terdahulu, Nancy dalam ucapannya memberitahu kementeriannya menyasarkan untuk menyaring sekurang-kurangnya 300 wanita setiap tahun di Kampung Santubong.

“Dalam tempoh dua tahun, kita berharap dapat menyaring kesemua wanita yang layak.

“Usaha ini diharap menjadi contoh kepada negeri-negeri lain untuk menumpukan perhatian kepada lokaliti berisiko tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian akan mempergiat usaha dengan menawarkan saringan HPV DNA secara percuma kepada wanita berumur 30 hingga 65 tahun di 50 Klinik Nur Sejahtera di seluruh Malaysia pada tahun ini.

"Ini peluang besar untuk semua wanita yang layak mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan mereka. Langkah kecil ini mampu menyelamatkan nyawa.
"Jangan tunggu sehingga ada gejala, pengesanan awal adalah kunci untuk mencegah risiko lebih besar pada masa depan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040845 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list