CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2668|Reply: 0

[Sarawak] Persimpangan Jalan Alan, Sibu ditutup sepenuhnya dari 3 hingga 5 Februari ini

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:39 PM | Show all posts |Read mode


Pelan lokasi yang akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja pemasangan paip.

SIBU: Persimpangan Jalan Alan di sini akan ditutup sepenuhnya mulai 10 malam pada 3 Februari ini sehingga 5 pagi pada 5 Februari bagi memberi laluan kepada kerja pemasangan paip utama oleh Kontraktor Lembaga Air Sibu (LAS).

Menurut LAS dalam satu kenyataan, penutupan laluan tersebut adalah sebahagian daripada projek naik taraf sistem bekalan air yang bertujuan meningkatkan kecekapan pengagihan air di kawasan terlibat.

Menurut kenyataan itu, tempoh kerja dijangka mengambil masa satu setengah hari, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca dan situasi di tapak.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

"Pihak kontraktor juga telah menyediakan tanda arah dan papan keselamatan di lokasi bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya," jelas kenyataan tersebut.

LAS menambah, pihaknya akan berusaha menyiapkan kerja secepat mungkin, namun sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, kerja akan dilanjutkan ke hari berikutnya.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Talian Talikhidmat Lembaga Air Sibu di 013-810 6311.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.148304 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list