CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2404|Reply: 0

[Sabah] Berpolitik dengan beradab, elak perkataan jelik

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:26 PM | Show all posts |Read mode


AGIH LIMAU: Mazlan (dua kiri) menemani Ruslan (tiga kiri) dan Matbali (dua kanan) menyampaikan buah limau kepada para peniaga di sekitar pekan Beaufort sempena Walkabout Tahun Baharu Cina.

BEAUFORT: Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Lumadan, Mazlan Joehari Manan mengingatkan pembangkang supaya lebih beradab dalam berpolitik dan mengelak daripada menggunakan perkataan jelik.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata sebaliknya pembangkang harus menampilkan kepimpinan yang baik lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin di peringkat nasional yang sewajarnya memberi contoh dan teladan kepada golongan pemimpin pelapis muda.

Jelas beliau, sebarang perbezaan pendapat dalam politik harus disampaikan dengan 'nada yang sopan' dan bukan menghambur penghinaan dengan perkataan jelik terutamanya kepada orang Sabah.

"Sebagai pemimpin berpengalaman, Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainuddin sewajarnya lebih beradab dan tunjukkan contoh kepimpinan yang baik terutamanya kepada golongan pemimpin muda seperti saya.

"Bukan menghambur kata-kata hinaan seperti 'palui' kepada orang Sabah yang bagi saya itu tidak cukup bagus dan tidak cukup sempurna sebagai seorang pemimpin di peringkat nasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyertai program 'Walkabout Tahun Baharu Cina' bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam dan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, di sekitar Pekan Beaufort, baru-baru ini.

Mazlan mengulas ucapan Hamzah yang menyebut pemimpin dan rakyat Sabah sebagai ‘palui’ ketika berucap dalam satu program Perikatan Nasional (PN) di Sepanggar, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mazlan turut menasihatkan mana-mana pemimpin terutama daripada Semenanjung yang ingin menyantuni rakyat Sabah supaya lebih beradab.

Ini kerana katanya, sikap sopan santun dan hormat menghormati adalah budaya orang Sabah dan walaupun berbeza pendapat terutamanya ideologi politik namun masih dapat duduk semeja.

"Kami boleh duduk 'mengopi' sama-sama walau berbeza pendapat namun mesti ada titik persamaannya, sebab akhirnya kita ingin melihat Sabah ini maju dan makmur di bawah satu panji iaitu sebuah negara Malaysia," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036374 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list