View: 6135|Reply: 0
|
[Tempatan]
Pernah Tular, Ibu Tolak 'Stroller' Anak Austistik Cari Roti 3 Pagi Terlibat Kemalangan Langgar Lari.Kini dalam keadaan kritikal
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 27-1-2025 11:14 PM
Pernah Tular, Ibu Tolak 'Stroller' Anak Austistik Cari Roti 3 Pagi Terlibat Kemalangan
Seorang wanita yang tular kerana sanggup menolak ‘stroller’ anak autistik pada pukul 3 pagi hanya untuk mencari roti untuk anaknya sebelum ini, terlibat dalam satu kemalangan langgar lari.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh adiknya Sharifah Maizatul Syed Mansor di Facebook memberitahu, bahawa kakaknya terlibat dalam kemalangan berhampiran MRT Kampung Selamat, Sungai Buloh menghala Kota Damansara antara jam 1 hingga 2 pagi semalam.
Sharifah berkata, kakaknya bersama suami kini berada dalam keadaan kritikal manakala anaknya hanya mengalami luka ringan selepas motosikal yang dinaiki mereka sekeluarga dilanggar.
Susulan itu, dia memohon agar mana-mana individu atau saksi yang melihat situasi kejadian untuk tampil memberikan maklumat.
"Assalamualaikum, mencari kalau ada saksi kemalangan malam tadi pukul 1 hingga 2 pagi dekat kawasan MRT Kampung Selamat Sungai Buloh menghala Kota Damansara.
"Kalau ada, boleh berhubung dengan saya, nak tahu kejadian kemalangan sebab mangsa suami isteri tidak sedarkan diri," tulisnya.
"Hanya Allah mampu membalas jasa anda" - adik mangsa
Sebelum ini, tular video seorang ibu sanggup menolak ‘stroller’ bersama anaknya yang menghidap austistik sekitar pukul 3 pagi semata-mata untuk memenuhi permintaan kanak-kanak itu yang mahu makan roti. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|