Konsert ini menjanjikan pengalaman lebih dua jam yang penuh bertenaga, disertai melodi memukau dan visual yang mengagumkan. Jelajah “Still Raining” bukan sekadar konsert, sebaliknya ia merupakan sebuah penghargaan kepada perjalanan seni ikonik Rain dan dedikasinya yang mendalam terhadap para peminat setianya. Selain mengimbau nostalgia, konsert ini turut membawa tarikan segar untuk generasi baharu, menjadikannya sebuah persembahan yang pastinya dinantikan.
Menurut Rain, jelajah ini memberi saya peluang untuk mengeratkan kembali hubungan dengan peminat dan mengenang detik-detik indah yang telah dilalui bersama mereka. Ia juga merupakan kesempatan untuk mencipta pengalaman yang baharu sambil meneroka fasa menarik dalam perjalanan muziknya.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat Rain, ikon K-Pop antarabangsa, di Resorts World Genting pada bulan Februari ini! Tiket untuk Konsert Jelajah Ikonik “Still Raining” akan mula dijual pada 7 Januari 2025 secara eksklusif untuk Ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) kategori Gold dan ke atas, manakala jualan kepada umum dibuka pada 10 Januari 2025 bermula jam 12 tengah hari. Harga tiket bermula dari RM1,298 (VIP), RM998 (PS1), RM798 (PS2), RM598 (PS3), dan RM398 (PS4).
Sebagai ganjaran ahli Genting Rewards Card berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 5% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3 sahaja. Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00.
Sumber – OhBulan