CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3103|Reply: 0

[Pulau Pinang] 13 termasuk wanita Thailand didenda RM4,000 main judi

[Copy link]
Post time 27-1-2025 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 27-1-2025 01:26 PM

13 termasuk wanita Thailand didenda RM4,000 main judi

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
27 Januari 2025 12:22pm




Empat wanita termasuk seorang warga Thailand dituduh bermain judi secara terbuka di sebuah rumah bersama sembilan lelaki pada 25 Januari lalu.




GEORGE TOWN - Sembilan lelaki dan empat wanita termasuk seorang warga Thailand mengaku bersalah bermain judi di sebuah rumah di Tanjung Tokong pada Sabtu lalu.

Audrea Ooi Pei Yun, 29; Stefan Chua Kanglong, 31; Chin Thean Soo, 21; Chang Yau Khoon, 34; Teh Hun Teong, 31; Wayson Por, 23; Yeoh Ching San, 33; Shin Chee Yang, 36; Siah Hong Leong, 32; Loh Giap Quan, 31; Lai Ley Im, 37; Serene Koh Poh Ling, 36 dan Miss Tipnuntar Sangmukda, 36 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri di Mahkamah Majistret Jenayah 2 pada Isnin.

Kesemua mereka mempunyai pekerjaan antaranya sebagai akauntan, pegawai bank, penasihat undang-undang dan berniaga kecuali Thean Soo yang masih bergelar pelajar.




Sembilan lelaki mengaku bersalah secara bersama bermain judi di sebuah rumah di Tanjung Tokong pada 25 Januari lalu.



Mengikut pertuduhan, kesemua mereka secara bersama didapati bermain judi di dalam sebuah rumah perjudian terbuka di sebuah rumah di Sri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong pada jam 10.20 malam, 25 Januari lalu.

Kesemua mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


Mengikut fakta kes, kesemua mereka didapati telah berada di sebuah bilik di rumah tersebut dan bermain judi jenis poker.





]
Kesemua tertuduh mengaku bersalah bermain judi jenis poker di sebuah rumah Sabtu lalu.



Kesemua tertuduh mengaku faham selepas kertas pertuduhan dan fakta kes dibacakan terhadap mereka.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil manakala kesemua tertuduh diwakili peguam R Puran.

Dalam prosiding kes, Syairah Aqilah memohon satu denda yang berbentuk pengajaran kepada kesemua tertuduh.


Sementara itu, ketika rayuan, Puran memohon denda yang minimum berikutan kesemua anak guamnya menanggung keluarga selain ada yang masih bergelar pelajar.

Ini merupakan kesalahan pertama bagi kesemua anak guam saya. Selain itu, kehadiran ke mahkamah dan pengakuan bersalah mereka telah menjimatkan masa mahkamah.

"Mereka juga telah menyesal dengan perbuatan mereka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan mereka.

"Oleh demikian, mohon satu jumlah denda yang minimum kepada kesemua tertuduh," katanya.

Mohamad Azlan kemudiannya menetapkan denda RM4,000 terhadap setiap tertuduh dan sekiranya gagal bayar, mereka boleh dikenakan empat bulan penjara.


https://www.sinarharian.com.my/article/709500/berita/semasa/13-termasuk-wanita-thailand-didenda-rm4000-main-judi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.033767 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list