CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3706|Reply: 1

[Kedah] Lelaki warga asing ditahan 'kumpul' saman tertunggak RM17,700 sejak 12 tahun

[Copy link]
Post time 27-1-2025 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga asing ditahan 'kumpul' saman tertunggak RM17,700 sejak 12 tahun

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 27, 2025 @ 10:36am [email protected]





ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita sebuah kenderaan asing selepas pemandunya gagal menjejaskan saman tertunggak berjumlah RM17,700 sejak 12 tahun lalu.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, berkata lelaki warga asing berusia lingkungan 40-an yang memandu kenderaan itu turut ditahan kerana mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau sejak 2013 sepanjang memasuki negara ini.

Bagaimanapun, katanya pihaknya terpaksa menyita kenderaan terbabit sehingga pemandunya melangsaikan semua saman tertunggak berkenaan.

"Ini saman tertinggi kita peroleh setakat ini dan kita minta lelaki berkenaan jelaskan saman secara penuh tanpa ansuran.

"Sempena Tahun Baharu Cina ini, kita bukan saja memberi fokus pada kenderaan asing namun semua jenis kenderaan termasuk kenderaan berat dan persendirian yang melakukan kesalahan jalan raya.

"Setakat ini, kita sudah mengeluarkan 352 saman terhadap kenderaan asing yang melakukan kesalahan dengan jumlah kutipan RM101,300," katanya pada sidang media di Terminal Bas Shahab Perdana, di Mergong, malam tadi.

JPJ Kedah menfokuskan sembilan kesalahan utama yang dikenal pasti menjadi punca berlakunya kemalangan maut di jalan raya.

ia membabitkan tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas lampu merah, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit, tidak memakai tapi pinggang keledar atau topi keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju dan lebih muatan.

"Pemeriksaan bas di depoh juga dilakukan bermula 13 Januari hingga 19 Februari ini, manakala perintah larangan pergerakan kenderaan berat bermula 27 hingga 28 Januari iaitu sebelum perayaan, manakala 1 hingga 2 Februari untuk selepas perayaan," katanya.

Stien berkata, melalui penyamaran bas pula, tiga kes dikesan dan sudah diambil tindakan, antaranya pemandu menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tiada pemandu kedua dan memotong di garisan berkembar.

"Ini menunjukkan masih ramai lagi pemandu bas bas perkhidmatan awam yang mengambil sikap mudah, memandu dengan cara merbahaya dan melakukan pelbagai kesalahan ketika memandu kenderaan terbabit," katanya.




Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam memeriksa tayar bas ekspres untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik ketika operasi khas sempena Tahun Baru Cina. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2025 11:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.129024 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list