CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15897|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lebih 1,000 pesawah akan berkumpul di Putrajaya esok

[Copy link]
Post time 26-1-2025 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-1-2025 09:09 PM

Lebih 1,000 pesawah akan berkumpul di Putrajaya esok

MOHD ISKANDAR OTHMAN
26 Januari 2025 07:35pm




Lebih 100 orang pesawah berkumpul bagi menuntut harga lantai belian padi dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM1,800 setiap tan berbanding RM1,300 pada ketika ini.




PERMATANG PAUH - Lebih 1,000 pesawah dari seluruh negara akan berkumpul di Putrajaya bagi menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, antara perkara yang dibawa kepada perhatian Perdana Menteri berkenaan tuntutan pesawah yang mahukan harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,800 untuk satu tan metrik.


Menurutnya, kerajaan perlu mendengar rintihan dihadapi pesawah berhubung penetapan harga belian padi kepada RM1,300 satu tan metrik pada masa kini yang dianggap tidak relevan dengan kos operasi ditanggung pesawah.

"Kita harapkan esok dengan kehadiran dan hasrat kami yang tinggi, kami dapat berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri bagi menyuarakan permasalahan kami.


"Selepas penyasaran subsidi diesel sejak 10 Jun lalu kami terpaksa tanggung kos aktiviti sawah disebabkan pelaksanaan 'fleet card' tak sampai kepada sasaran atau pengusaha jentera.

"Kami tak sanggup dan tak mampu lagi dengan harga pembelian sekarang kerana harga tersebut tak dapat diseimbang dengan kos," katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan mega pesawah di Sama Gagah di sini pada Ahad.


Dalam himpunan itu, lebih 100 orang pesawah berkumpul bagi menuntut harga lantai belian padi dinaikkan sekurang-kurangnya RM1,800 setiap tan berbanding RM1,300 pada ketika ini.

Sementara itu, pesawah, Halmi Desa berkata, sekiranya kerajaan tidak memberikan sebarang respon positif berkenaan tuntutan pesawah mungkin akan menyebabkan musim pertama untuk penanaman padi akan terjejas.


Katanya, golongan pesawah bukan mahu boikot atau mogok tetapi hakikatnya petani akan rugi kerana sekiranya kami terpaksa mengeluarkan modal tetapi tiada jaminan keuntungan pada musim akan datang.

"Dengan harga RM1,300 itu bukan sahaja tidak wajar tetapi tidak mampu untuk petani-petani menjalankan aktiviti tanaman padi untuk musim satu 2025.

"Jadi saya mengharapkan kerajaan dapat ambil tanggungjawab bagi melihat sedalamnya isu yang membelenggu petani ini dan dapat membuat keputusan segera kerana petani akan memulakan aktiviti menuai dalam masa terdekat. Ini akan mengakibatkan petani akan rugi kalau masih kekal dengan harga lantai yang sama," katanya lagi.


https://www.sinarharian.com.my/article/709427/berita/nasional/lebih-1000-pesawah-akan-berkumpul-di-putrajaya-esok


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.036595 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list