SEORANG penduduk Palestine kembali ke rumahnya. FOTO AFP
Davos, Switzerland: Perang Israel-Hamas telah menghentikan pembangunan di Gaza selama 60 tahun dan menggerakkan puluhan bilion dolar yang diperlukan untuk pembinaan semula akan menjadi tugas yang sukar, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kira-kira dua pertiga daripada semua bangunan di Semenanjung Gaza telah musnah atau rosak, dan usaha mengalihkan anggaran 42 juta tan runtuhan akan menjadi berbahaya dan kompleks, kata ketua Program Pembangunan PBB kepada AFP.
"Dianggarkan antara 65 peratus hingga 70 peratus bangunan di Gaza sama ada telah musnah atau rosak sepenuhnya," kata Achim Steiner dalam temu bual pada mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia di bandar peranginan ski Switzerland, Davos.
"Tetapi kita juga bercakap tentang ekonomi yang telah musnah, di mana kita menganggarkan kira-kira 60 tahun pembangunan telah hilang dalam konflik ini hanya selama 15 bulan.
"Dua juta orang yang berada di Semenanjung Gaza telah kehilangan bukan sahaja tempat tinggal mereka.
"Mereka juga kehilangan infrastruktur awam, sistem rawatan kumbahan, sistem bekalan air tawar dan pengurusan sisa awam. Semua infrastruktur asas dan elemen perkhidmatan ini langsung tidak wujud," katanya.
|