CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3379|Reply: 1

Wanita dipinang lelaki lain mengamuk di rumah kekasih

[Copy link]
Post time 25-1-2025 08:48 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG wanita mengamuk di rumah kekasihnya. - Foto Istimewa


JAKARTA – Seorang wanita datang dan mengamuk di rumah kekasihnya selepas dia dilamar oleh  lelaki lain dalam kejadian di  Mamuju Tengah, wilayah Sulawesi Barat, lapor portal berita Detik.com hari ini.

Wanita dikenali dengan sebagai AB dan berusia 30 tahun itu mengacukan sebilah pisau dan menendang kekasihnya,


Sebelum ini, lelaki tersebut dikatakan menulis kata cacian terhadap wanita berkenaan dalam aplikasi WhatsApp.

“Semasa komunikasi mereka, wanita itu mahu dilamar oleh lelaki lain. Namun, kekasihnya tidak bersetuju (dia menerima pinangan). Akhirnya keluar kata-kata cacian sehingga menyebabkan  perempuan itu marah,” kata ketua polis tempatan, Tito Alhafezt.

Sementara itu, seorang lagi pegawai polis, Saldi M berkata, AB sempat menendang dan mengacukan pisau ke kaki kekasihnya.

Wanita dan kekasihnya itu diminta memberi keterangan kepada polis, namun mereka kemudian sepakat menyelesaikan kes itu secara kekeluargaan.

“Mereka sepakat untuk berdamai dan telah membuat surat pernyataan damai,” kata  Saldi. – AGENSI
  • KOSMO!
  • 25 Januari 202


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2025 09:11 PM | Show all posts
Ntah apa-apa je diorang tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.042632 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list