CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2219|Reply: 0

[Kedah] KPDN Kedah catat 6 kes babitkan kesalahan harga, barang kawalan awal tahun ini

[Copy link]
Post time 25-1-2025 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-1-2025 06:35 PM

KPDN Kedah catat 6 kes babitkan kesalahan harga, barang kawalan awal tahun ini

ROSHILA MURNI ROSLI
25 Januari 2025 05:17pm




Muhammad Nizam memeriksa barangan yang dikawal sempena Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya di sini pada Sabtu.



ALOR SETAR - Sebanyak enam kes daripada 92 aduan berjaya dihasilkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah bermula awal tahun hingga 25 Januari.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, kes dicatatkan itu melibatkan kawasan Kota Setar, Sungai Petani dan Langkawi dengan rekod kesalahan harga dan barang kawalan.

Katanya, di Alor Setar terdapat tiga kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dua kes di Sungai Petani melibatkan harga dan barang kawalan, iaitu Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Selain itu di Langkawi juga terdapat satu kes yang turut melibatkan barang kawalan," katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya di sini pada Sabtu.


Menurutnya, daripada 92 aduan yang diterima 17 aduan adalah berkaitan minyak masak iaitu enam aduan adalah masalah kurang atau tiada bekalan minyak masak.

"Selain itu, terdapat juga empat aduan mengenai peniaga enggan menjual minyak masak,"katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Nizam berkata, mengenai (SHMMP) Tahun Baharu Cina terdapat 15 barangan yang dikawal oleh pihaknya di negeri ini.


"Antara barangan tersebut termasuklah ikan bawal putih (berat antara 200 hingga 400 gram seekor),bawang putih (China), bawang kuning nesar, bawang merah besar import dan cili merah,"katanya.


Jelasnya, tempoh pelaksanaan skim ini adalah selama sembilan hari iaitu empat hari sebelum perayaan satu hari semasa perayaan dan empat hari selepas perayaan.

"Pegawai-pegawai penguat kuasa KPDN akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah barang keperluan.

"Pemeriksaan akan dijalankan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak beretika," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/709276/edisi/utara/kpdn-kedah-catat-6-kes-babitkan-kesalahan-harga-barang-kawalan-awal-tahun-ini


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.036314 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list