CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2384|Reply: 0

[Perlis] Kerajaan digesa selaraskan harga beras kepada satu gred sahaja

[Copy link]
Post time 25-1-2025 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan digesa selaraskan harga beras kepada satu gred sahaja

Aizat Sharif[email protected]





Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia, Marzhuki Othman ketika sidang media berkaitan isu padi di Simpang Empat. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR





Kangar: Kerajaan digesa menyelaraskan harga beras kepada satu gred sahaja dengan harga sekitar RM32 hingga RM34 bagi pek 10 kilogram (kg) dalam usaha memberi situasi 'menang-menang' kepada semua pihak termasuk pesawah.

Penyelarasan harga itu wajar dilaksanakan memandangkan selama ini rangkaian beberapa kilang besar yang mempunyai syarikat pemborong mereka sendiri didakwa melakukan aktiviti pencampuran butiran beras tempatan dengan import sebelum dipek dan menjual beras berkenaan menggunakan label import dengan harga jauh lebih tinggi.

Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia, Marzhuki Othman berkata, pada waktu ini, purata harga beras bagi 10 kg dijual pada harga RM26 di mana harga berkenaan dilihat tidak relevan dan perlukan semakan semula.

"Harga beras tempatan bagi 10 kg dijual pada kadar RM26 di mana ia sudah lebih 16 tahun tidak pernah disemak dan harga itu pula adalah di kala harga belian pada masa itu hanya sekitar RM950 per tan metrik.

"Apabila harga (lantai) belian pada ketika ini adalah RM1,300 per tan metrik diputuskan kerajaan maka ia turut membebankan pengilang yang terpaksa menanggung kerugian dan dalam hal ini harga beras seharusnya dinaikkan dan dijual pada harga RM32 hingga RM34 bagi menyamaratakan atau menyamai harga lantai belian padi pada waktu ini.

"Apabila itu dapat dilaksanakan, maka semua pihak dalam rantaian pengeluaran beras ini termasuk pengilang, pemborong dan petani tidak berasa terbeban dengan kenaikan kos yang dialami pada waktu ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Jalan Simpang Empat, di sini hari ini.

Katanya, tindakan yang berlaku pada waktu ini adalah wujud pengilang besar yang didakwa mencampurkan butiran beras putih tempatan dengan beras import namun dilabelkan sebagai beras import dan dijual dengan harga yang tinggi.

"Walhal, kita sebagai pengilang pun tahu bahawa dalam kandungan beras itu terdapat sekurang-kurangnya 62 peratus butiran beras putih tempatan dalam pek beras import itu dan tindakan mereka (pengilang besar) ini adalah dipercayai bagi mengelak syarikat itu daripada mengalami kerugian seperti yang dialami oleh pengilang kecil seperti kami.

"Perkembangan ini menyebabkan pengilang kecil seperti kami mengalami purata kerugian mencecah RM900 juta setahun disebabkan harga belian padi tinggi sedangkan harga beras pula masih rendah," katanya.

Beliau berkata, dengan harga lantai belian padi pada harga RM1,300 per tan metrik, ia akan mewujudkan 'perang harga' dalam kalangan pengilang besar yang mempunyai rangkaian pemborong beras mereka sendiri.



Disiarkan pada: Januari 25, 2025 @ 4:50pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1180517/kerajaan-digesa-selaraskan-harga-beras-kepada-satu-gred-sahaja




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.135062 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list