CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2771|Reply: 0

Raja kokain Eropah dapat perlindungan di Sierra Leone

[Copy link]
Post time 25-1-2025 03:52 PM | Show all posts |Read mode

Penyeludup kokain yang disabitkan kesalahan, Jos Leijdekkers, menghadiri upacara gereja di Tihun, Sierra Leone. - Foto REUTERS

NAIROBI: Seorang penyeludup kokain yang juga buruan paling dikehendaki Eropah, Jos Leijdekkers, dilaporkan kini mendapat perlindungan di Sierra Leone.

Ia didedahkan oleh tiga sumber yang mempunyai maklumat langsung mengenai perkara itu serta pengesahan melalui foto dan rakaman video yang dilihat oleh Reuters.

Imej dan maklumat itu memberikan gambaran baharu mengenai peranan negara di Afrika Barat itu, yang menurut pegawai penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, adalah lokasi transit bagi sejumlah besar kokain dari Amerika Latin yang dihantar ke Eropah.

Leijdekkers, warganegara Belanda, sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun oleh mahkamah di Rotterdam pada 25 Jun kerana menyeludup lebih tujuh tan kokain.

Polis Belanda sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya percaya Leijdekkers menetap di Turkiye sebelum mendapat perlindungan di Sierra Leone.

Jurucakap pejabat pendakwa raya Belanda memaklumkan kepada Reuters semalam, Leijdekkers, tinggal di Sierra Leone sekurang-kurangnya enam bulan.

Dua sumber lain yang arif mengenai perkembangan itu pula menyatakan bahawa Leijdekkers berada di Sierra Leone sejak awal 2023.

"Keutamaan bagi polis dan pendakwa raya adalah membawa dia kembali ke Belanda untuk menjalani hukuman. Kami sedang melakukan segala usaha dalam hal ini," kata jurucakap pejabat pendakwa raya Belanda, Wim de Bruin.

Hakim Belanda yang mensabitkan kesalahan ke atasnya menyatakan dalam keputusan mahkamah bahawa Leijdekkers tidak melantik peguam untuk membela dirinya di mahkamah.

Peguam terakhir yang mewakili Leijdekkers di Belanda, adalah Guy Weski, namun beliau tidak memberi sebarang maklum balas berkaitan isu berkenaan.

Video dan foto upacara gereja di Sierra Leone pada 1 Januari lalu menunjukkan Leijdekkers, 33, bersama seorang wanita duduk dua baris di belakang Presiden Sierra Leone, Julius Maada Bio.

Tiga sumber menyatakan bahawa wanita itu adalah Agnes iaitu anak perempuan Bio dan Leijdekkers sudah berkahwin dengannya.

Reuters mengenal pasti Leijdekkers dengan menggunakan lima alat pengecaman wajah yang berbeza untuk membandingkan imej lelaki di gereja itu dengan foto Leijdekkers yang dikeluarkan Europol pada 2022.

Semua alat berkenaan menunjukkan padanan, dengan tahap keyakinan antara 82 hingga 98 peratus.

Menteri Penerangan Sierra Leone merangkap Jurucakap Kerajaan, Chernor Bah, tidak segera memberikan maklum balas terhadap isu berkenaan.

Leijdekkers tersenarai dalam senarai buruan paling dikehendaki Europol.

Dalam kemas kini notis buruan bertarikh 4 September, polis Belanda menyatakan bahawa Leijdekkers adalah 'salah seorang pemain utama dalam penyeludupan kokain antarabangsa'.



Mereka menyebut bahawa 7,000 kg kokain yang dirampas yang menjadi punca kepada sabitannya pada tahun lalu, berkemungkinan hanya sebahagian kecil daripada operasi perniagaannya.

Polis Belanda berkata Leijdekkers kemungkinan sudah membersihkan puluhan juta euro dan beratus-ratus kilogram emas yang mungkin diperoleh daripada perdagangan kokain. - REUTERS

25/1/2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.106045 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list