CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 0

Boikot pengguna di Croatia berjaya?

[Copy link]
Post time 25-1-2025 03:30 PM | Show all posts |Read mode

PASAR raya di Zagreb, Croatia lenggang ketika boikot berlangsung di seluruh negara. FOTO AFP.

Zagreb, Croatia: Jualan barangan di seluruh Croatia merosot teruk semalam, ketika boikot dilaksana di seluruh negara sebagai protes terhadap kenaikan harga makanan dan inflasi yang melanda negara itu.

Boikot dimulakan oleh kumpulan pengguna yang mahu memberi tekanan kepada peruncit dianggap menyumbang kepada kenaikan harga melambung tinggi.

Panggilan untuk boikot itu disebarkan secara meluas di media sosial pada awal minggu ini, menyeru rakyat Croatia untuk 'tidak membeli apa-apa'.

Menurut kenyataan Pentadbiran Cukai Crotia, pada jam 11 pagi yang kebiasaannya waktu sibuk, premis melaporkan pengurangan 40 peratus urus niaga berbanding tempoh yang sama pada 17 Januari.

Jumlah jualan keseluruhan pula merosot sebanyak 47 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Pada waktu tengah hari, hanya beberapa pelanggan dilihat membeli-belah di sebuah pasar raya di tengah Zagreb yang biasanya sesak pada waktu itu, lapor wartawan AFP.

"Peruncit tidak akan terjejas secara kewangan, tetapi ini adalah mesej simbolik yang penting, bahawa kenaikan harga yang melampau harus dihentikan," kata Danko Horvat, seorang pelayan bar dari Zagreb.

Kumpulan pengguna berkenaan berpuas hati dengan sambutan terhadap kempen boikot itu, yang nyata mengejutkan peruncit, menurut pegawai pemeriksa peraturan harga, Josip Kelemen dari kumpulan perlindungan pengguna Halo, yang menyeru boikot berkenaan.

"Rakyat merasa ditipu, malah kumpulan dalam golongan yang lebih berada turut sama menyokong kami. Mereka merasakan perkara yang sama," kata Kelemen.

Protes menerusi boikot turut mendapat sokongan parti pembangkang, kesatuan sekerja, beberapa selebriti tempatan serta dua orang menteri.

Laporan media tempatan dan hantaran di media sosial menunjukkan kedai-kedai dan rangkaian runcit di seluruh Croatia didapati kosong tanpa pelanggan.

Inflasi di Croatia banyak dipengaruhi oleh sektor awam yang membebankan, kadar cukai nilai ditambah (VAT) yang antara tertinggi di Kesatuan Eropah (EU) serta populasi yang semakin menua dan menyusut, menurut pakar ekonomi.

Pada Disember lalu, kadar inflasi tahunan negara itu mencatatkan 4.5 peratus, tertinggi di zon euro, yang puratanya hanya 2.4 peratus.

Gaji bersih purata di Croatia pada November adalah €1,366 (kira-kira RM6,370), menurut angka rasmi.

Kumpulan pengguna sering mengadu bahawa harga semakin meningkat sejak Croatia memperkenalkan euro sebagai mata wang pada Januari 2023.


Disiarkan pada: Januari 25, 2025  sumber











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.053979 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list